Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 8 November 2014

SRI ARRAHMAH MULA OPERASI 2015

AYER MOLEK - Pas terus mengorak langkah dalam usaha melebarkan lagi sayap pendidikan Islam dengan penubuhan sebuah sekolah rendah agama rakyat iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Rahmah yang terletak di Kampung Solok Gaung, di sini. Penubuhan sekolah itu sekali gus menjadikannya sekolah keempat diwujudkan atas tajaan pihak swasta dengan ditanggung sepenuhnya individu tertentu.

 Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang merasmikan sekolah berkenaan kelmarin, turut melahirkan penghargaan terhadap warga pentadbir dan semua menyokong penubuhan sekolah tersebut. Menurutnya, mereka terlibat berjaya mengharungi segala cabaran dalam menjayakan matlamat bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan Islam kepada masyarakat setempat.

 “Saya melihat sistem pendidikan Islam kini semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan ibu-bapa, justeru kesediaan ke arah itu perlu dilakukan dan antara usaha adalah dengan mewujudkan lebih banyak lagi sekolah seperti ini. “Untuk itu, kita perlu sumbangan idea, wang ringgit dan masa masyarakat ke arah melahirkan generasi yang celik agama, celik akidah bersesuaian dengan keperluan masa kini,” katanya. Haron yang juga penaung sekolah berkenaan berkata, sekolah berkenaan kini sudah seratus peratus siap untuk fasa pertama yang dijangka akan mula beroperasi pada sesi persekolahan akan datang.

 “Setakat ini, 250 pelajar sudah bersedia menduduki sekolah ini sebaik sesi penggal baru tahun hadapan. Kos bagi pembinaan awal sekolah ini membabitkan RM400,000 yang kesemua hasil sumbangan individu. “Kita merancang untuk memuatkan seramai 500 pelajar sebaik projek fasa kedua disiapkan tidak lama lagi,” katanya.

Tiada ulasan: