Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Disember 2014

Iklan Arak Tak Dibenar .. Penjualan Masih Dibenarkan

MELAKA - Logo minuman keras tidak lagi dibenarkan menghiasi papan iklan dan sengkuap pada premis dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) khususnya di bandar raya ini bermula September lepas. Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata pemilik premis akan diberi tempoh enam bulan daripada tarikh tamat tempoh lesen perniagaan dan iklan mereka tahun ini untuk menukar papan iklan yang mematuhi peraturan tersebut. “Sebanyak 14,400 premis akan terlibat dalam peraturan ini dan kita jangkakan pada awal 2016, tiada lagi premis dalam kawasan pentadbiran MBMB khususnya Bandaraya Melaka menggunakan logo minuman keras pada papan ikan dan ‘retractable awning’ mereka. 


 “Jika pemilik premis gagal berbuat demikian setelah diberi tiga notis, mereka akan dikompaun RM250 di bawah Undang-undang Kecil Iklan MPMT 1983 dan papan tanda mereka akan diturunkan,” katanya. Sementara itu, dua lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaraya Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaraya Alor Gajah (MPAG) turut mengenakan syarat yang ketat terhadap mana-mana iklan membabitkan minuman keras. Yang Dipertua MPAG, Datuk Murad Husin berkata, pihak PBT itu memang selama ini tidak pernah meluluskan mana-mana papan iklan berkaitan minuman keras di kawasan terbabit. “Iklan arak adalah terkandung di bawah undang-undang kecil dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, namun setakat ini kita memang tidak pernah lagi meluluskan mana-mana papan iklan berkaitan dengan arak. 

 “Cuma berkemungkinan premis-premis yang menjual arak ada pamerkan logo iklan arak di dalam premis mereka namun itu adalah soal dalaman premis terbabit,” katanya. Bagi MPHTJ pula, setakat ini turut tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak yang ingin menggantung iklan berkaitan logo arak. Setiausahanya, Shahadan Othman berkata, pihaknya sentiasa memantau sekiranya terdapat mana-mana premis yang memasang iklan secara haram

Tiada ulasan: