Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 9 Disember 2014

Kegagalan MAS Bukti Malaysia Tak Boleh

KUALA LUMPUR: Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline Berhad (Mas NewCo) yang baru membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) merealisasikan slogan 'Malaysia Boleh'. Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita mampu dalam segala bidang tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai penerajui baru Mas membuktikan kegagalan Malaysia. 


 "Dalam isu ini kita gagal melahirkan tokoh pengurusan koperat tempatan, ini menjadikan slogan 'Malaysia Boleh' adalah slogan palsu. "‎Pemilihan warga asing untuk menerajui Mas menjadikan slogan Malaysia boleh bertukar menjadi 'Malaysia Bodoh' sepertimana kenyataan sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang rakyat Malaysia ini bodoh dan tidak layak untuk terajui Mas," kata beliau. ‎ ‎Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, isu menyelamatkan dan memulihkan Mas bukan cerita baru kerana kerugian terus berlaku walaupun pelbagai pelan pemulihan telah dilaksanakan. ‎‎ Katanya, sepertimana pelantikan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Azman Mokhtar dalam menyelesaikan masalah Mas sebelum ini sehingga Syarikat Penerbangan Malaysia itu terpaksa tutup kedai.‎ 

‎"Sungguh menghairankan apabila mereka yang telah terbukti gagal menyelesaikan masalah sebelum ini antara yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memulihkan Mas dengan pelan pemulihan antaranya membawa masuk tokoh asing untuk menyelamatkan Mas.‎ "Sepatutnya secara lo‎jiknya jawatan yang mereka pegang sekarang seharusnya diisi oleh warga asing yang berkebolehan kerana mereka berdua telah terbukti gagal memulihkan Mas. "Langkah melantik warga asing telah membentuk sikap hilang kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak-anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar demi masa depan negara," sambung beliau.

‎ ‎Mahfuz yang turut mempersoalkan adakah kerajaan turut mencadangkan untuk menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada warga asing memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal memulihkan ekonomi negara. "Najib terbukti gagal dalam memulihkan beban hutang negara yang semakin meningkat termasuk kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. "Bagaimana pelan pemulihan Mas, Najib perlu serahkan jawatan tersebut kepada warga asing agar ekonomi negara ini kembali pulih," katanya.‎

Tiada ulasan: