Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 1 Mac 2015

Kajian: Populariti Najib Razak jatuh 44%

Kajian Badan Penyelidik, Merdeka Centre mendedahkan tahap penerimaan rakyat terhadapPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44 peratus pada Januari lepas berbanding 48 peratus pada bulan Oktober 2014. Ia disebabkan kerana ramai yang merasakan kerajaan bergerak ke arah yang salah dan keadaan ekonomi tidak begitu baik. unnamedKajian itu juga menyatakan tahap penerimaan terhadap Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib kekal pada 38 peratus pada bulan Januari, sama seperti tinjauan dilakukan pada Oktober lepas. 

 Akan tetapi bagi Najib, 46 peratus daripada orang yang ditinjau pada Januari 2015 menolak caranya bekerja. 47 peratus yang ditinjau juga merasakan Malaysia “bergerak ke arah yang salah” sementara 39 peratus mengatakan kerajaan melakukan perkara betul. Kajian itu mendedahkan hanya 18 peratus responden dari kalangan masyarakat Cina berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak./selangorkini

Tiada ulasan: