SHAH ALAM, 26 FEB: Ketua Pegawai Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sekali lagi gagal membatalkan dua tuduhan pecah amanah terhadapnya dalam rayuan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Rayuan itu didengar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin.
Memetik Malaysia Kini, tahun lalu, Salleh gagal dalam percubaan pertama beliau untuk membatalkan pertuduhan itu di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan berkaitan penggunaan dana untuk projek kontroversi Fidlot Nasional.
Kegagalan projek NFC diuruskan Salleh yang juga suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anak-anak merekadidedahkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara.
Salleh mempunyai peluang terakhir untuk merayu terhadap pertuduhan berkenaan di Mahkamah Rayuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan