Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 7 April 2015

Kembali Kepada Islam Selepas 30 Tahun Mengkaji

MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam. Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna. Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini. Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini. "Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah. “Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya. Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu. 

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) Di Luluskan

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam. Pota diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan). Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh ahli Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini. 

JAIM NAFI KELUAR ENEKMEN BARU

BANDARAYA MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bertindak menguatkuasakan undang-undang menerusi Enakmen Kesalahan Syariah Negeri 1991 yang memerlukan proses siasatan sebelum hukuman dijatuhkan. Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pihaknya turut menafikan jabatan itu mengeluarkan undang-undang baharu berkaitan penguatkuasaan seperti pemberian kompaun secara terus kepada pesalah. Menurutnya, individu yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan penguatkuasaan syariah disifatkan tidak bertanggungjawab dan dianggap menyamar sebagai wakil pihak berkuasa kerajaan negeri. “Penyebaran maklumat palsu ini tidak mewakili lidah rasmi kerajaan sedangkan kalau melibatkan perundangan, kita mesti merujuk kepada kerajaan negeri mahupun agensi penguatkuasa.

Hudud Tak Islamik Pandangan Dangkal

SELAYANG - Hudud bukan rekaan untuk tujuan politik, sebaliknya perkara yang terkandung dalam al-Quran dan terdapat dalam Enakman Syariah selain Qisas dan Takzir. Ketua Pemuda Pas Selayang, Mohd Fauzan Madzlan berkata, perbezaan pendapat berkenaan takrifan hudud bukan alasan mengatakan sistem tersebut tidak Islamik. Menurutnya, pemahaman berkenaan enakmen syariah perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum mengulas berkenaan hudud. “Jika sistem sedia ada yang diguna pakai tak boleh selesaikan masalah jenayah, maka kita perlukan satu sistem yang boleh memberikan pengajaran. “Pembentangan hudud telah dilaksanakan sejak 1993 lagi terdiri pakar undang-undang yang menggubal enakmen syariah secara cermat dan teliti dakwaan mengatakannya tidak Islamik adalah pandangan individu yang dangkal,” katanya kepada Sinar Harian. 

Ahad, 8 Mac 2015

Ustaz Ahmad Fathan Calon Pas PRK Chempaka


Ustaz Ahmad Fathan Calon Pas PRK DUN Chempaka mengantikan Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Jumaat, 6 Mac 2015

PAS SELANGOR KUTUK SERANGAN KEATAS DR ZUL

PAS Selangor mengutuk kejadian serangan ke atas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang diserang individu tidak dikenali sewaktu pulang daripada solat subuh pagi tadi. Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan ganas itu tidak seharusnya dibiarkan berlaku ke atas mana-mana pihak atau individu. dr dzul green 01“Kami berharap pihak polis akan mempercepatkan siasatan supaya pihak yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti dan didakwa,” katanya dalam satu kenyataan. Pada masa sama, Iskandar berkata, pihaknya juga akan mengarahkan supaya kawalan keselamatan ke atas pimpinan PAS Selangor dipertingkatkan serta-merta. Katanya, ia bagi memastikan tindakan segelintir pihak yang cuba mencetuskan provokasi dapat dihalang. iskandar“Dewan Pemuda PAS Selangor akan melaksanakan tugas itu,” katanya. Dzulkefly dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam, awal pagi ini. Kesan kejadian itu, beliau mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

Rabu, 4 Mac 2015

Tidak bertanding di DUN Chempaka, BN Takut

Barisan Nasional (BN) ternyata gusar dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS hingga membuat keputusan tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Chempaka, 22 Mac ini. ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata selaku kerajaan persekutuan, keputusan BN tidak meletakkan calon dalam PRK itu memperlihatkan kepada umum gabungan itu tidak yakin untuk memberikan cabaran.“BN khususnya Umno dilihat tidak yakin langsung untuk memenangi DUN itu tambahan pula ia adalah DUN diwakili Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 “Pengaruh Nik Abdul Aziz begitu kuat serta besar di situ dan menunjukkan ketidakupayaan Umno untuk mencabar. Bukan soal mahu menyelesaikan masalah banjir dan sebagainya tetapi itu semua adalah helah bagi menutup kelemahan sendiri,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.