Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 18 Februari 2008

2008 TAHUN MERAWAT PENYAKIT OTAK PEMIMPIN UMNO

Besar sungguh harapan Najib dan Muhyiddin Yasin untuk melihat tahun 2008 sebagai tahun 'merawat' Kelantan. Besar lagi harapan rakyat untuk melihat semua pemimpin Umno yang terkena penyakit barah otak untuk dipulihkan segera.

Ini adalah satu penghinaan kepada suara rakyat yang hampir 18 tahun terus menyokong kerajaan PAS Kelantan untuk terus kekal berkuasa mentadbir dan membangunkan negeri dengan menurut lunas-lunas Islam.

Nampak nyata, pemimpin Umno seolahnya tidak berfikir soal dosa dan pahala. Sehingga hari ini mereka masih lagi beretorik menipu rakyat dengan propaganda mereka, Kelantan tidak ada kemajuan dan kadar kemiskinan yang masih tinggi.

Malang sungguh rakyat Malaysia dapat pemimpin seperti ini, tidak pernah mengaku akan kejayaan orang lain. Umum semua melihat dengan mata kepala sendiri sesiapa yang pernah turun ke Kelantan pasti hati akan tertawan.

Kunjungan kali pertama biasanya akan disusuli dengan lawatan-lawatan selanjutnya. Keunikkan yang ada di negeri Kelantan tidak ada di negeri lain. Rakyat Kelantan adalah guru politik kepada semua rakyat Malaysia.

Mereka biasa menukar pemimpin walapun ia datang dari parti manapun, siapa yang tidak amanah pasti akan diganti. Pembangunan pesat di negeri Kelantan ini banyak didorong oleh sifat dan sikap pemimpin yang bijak mentadbir dan telus dalam pengurusan kerajaan dan yang pastinya mengikut garis panduan negara Islam yang sebenar.

Cuti sekolah sudah menjadi lumrah untuk rakyat melancong ke Kelantan dan pastinya kebanjiran kenderaan dari seluruh pelusok tanah air membuatkan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam ini tidak sunyi dengan aktiviti rakyat membeli belah, lawatan ketempat pelancongan dan berziarah sanak saudara.

Tanyalah Wanita Umno dan Puteri Umno, kalau kata rombongan lawatan untuk melancong pastinya Kelantan adalah destinasi pilihan. Pilihanraya 2008 ini adalah satu lagi peluang kepada seluruh rakyat untuk membetulkan kembali kesilapan kita selama ini yang menyokong parti UmnoBN yang sudahpun lebih 50 tahun mentadbir negara dengan zalim dan tidak amanah.

Tumbangkan Umno dan BN Johor....
Ya Allah Berikanlah Kemenangan Kepada Kami dan Hancurkanlah Umno dan Barisan Ahzabnya....AllahuAkbar...

Tiada ulasan: