Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 18 Februari 2008

KHAIRY JAMALUDDIN SEBAGAI MENTERI PELAJARAN?

Oleh Ketua Perusuh

Saya sebenarnya tidak mahu mengulas akan perkara ini namun hasil desakan rakan-rakan terpaksa juga saya mengulas akan kemungkinan Khairy Jamaluddin dinaikkan menjadi Menteri Pelajaran jika Barisan Nasional menang besar pada Pilihanraya Umum ke-12 kali ini.

Mengikut perkhabarannya Khairy Jamaluddin dijangka akan bertanding di DUN Rembau namun namanya juga dikhabarkan akan dicalonkan pada pemilihan kerusi Parlimen di Putrajaya. Jika di DUN Rembau Khairy akan berhadapan dengan saingan sengit dari Barisan Alternatif (Pembangkang) namun di Parlimen Putrajaya Khairy Jamaluddin dijangka akan mendapat laluan mudah.

Ini sekaligus akan memberikan laluan kepada Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran menggantikan Hishamuddin Tun Hussein bilamana Hishamuddin dijangka diangkat menjadi Menteri Besar Johor. Desas-desus peringkat tertinggi telah memberikan petunjuk bahawa Abdul Ghani Othman dikehendaki bertanding di kerusi Parlimen pastinya akan terjawab tidak lama lagi.

Jika Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran maka ianya akan memberikan beliau langkah setapak untuk memegang tampuk Ketua Pemuda UMNO dengan mudah. Ini juga sebenarnya adalah satu daripada laluan yang perlu Khairy Jamaluddin lalui untuk menyediakan dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi. Itupun kalau rakyat Malaysia mengizinkannya dengan mengundi beliau.

Apa yang pastinya, urusan Kementerian Pelajaran dan sebagainya akan menjadi caca-marba atau kacau bilau sekiranya Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Khairy Jamaluddin pastilah akan memperkudakan Kementerian Pelajaran dalam semua aspek dan seteruskan akan memperketatkan AUKU untuk mengekang semua ancaman kepada dirinya dimasa akan datang.

Kita semua boleh tunggu dan lihat atau ambil tindakan menyekat daripada ianya berlaku. Pilihan semua adalah ditangan kita semua. Undilah dengan bijaksana. Anda penentu masa depan negara dan bangsa Malaysia

jasindaily : Kalau UMNO menang la..kalo tak jangan harap dia nak rasa jadi menteri kabinet

Tiada ulasan: