Oleh Wartawan KLpos.com
JARANG-jarang benar kita tengok jejak pendapat yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 berlawanan dengan hasrat bos-bosnya. Tapi entah apa malangnya, keputusan jejak pendapat yang disiarkan oleh stesen TV percuma paling ramai penonton itu semalam amat berlainan.
Survey yang dijalankan TV3 dalam Buletin Utama malam tadi bertanyakan "Tempoh 13 hari berkempen yang diumumkan SPR memadai". A: Setuju B: Tidak setuju.
Bagaimanapun di akhir laporan Buletin Utama, keputusan mendapati 62 peratus tidak setuju kempen 13 hari memadai bagi semua parti bertanding berkempen dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini.
Keputusan itu hanya diumumkan dengan berita ringkas yang menghiasi ruang berita kecil di bawah garisan kamera yang memfokuskan kepada pentas tempat pemberita TV3 membaca berita.
2.5 juta penonton Buletin Utama
Setiap malam, purata penonton yang tengok TV3 antara 2.2 juta hingga 2.5 juta. Bukan KLpos.com kata, syarikat yang buat rating TV yang bagi angka itu.
Sampaikan Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin yang kena jaga RTM, kata dia tidak percaya pada rating tersebut.
Ada juga survey yang dijalankan baru-baru ini, kakitangan Kementerian Penerangan juga kebanyakannya menonton TV3.
Begitupun keputusan itu tidak disiarkan secara penuh dan diumumkan oleh pembaca berita berbanding bancian sebelum ini yang mana pembaca berita akan membacakan keputusan dan memaparkan grafnya sekali.
PAS menang jejak pendapat Buletin Utama 10 Ogos lalu
Pada tahun lepas TV3 juga ada membuat survey bertanyakan pendapat penontonnya adakah hasrat PAS tawan 40 kerusi parlimen merupakan angan-angan mat jenin.
Dari awal lagi, pembaca berita TV3 dok sebut pepatah Melayu 'angan-angan mat jenin', yang maksud lebih kurangnya adalah impian yang mustahil dicapai atau syok sendiri.
Ungkapan itu berdasarkan kata-kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Soalannya jejak pendapat TV3 amat mudah, 'Harapan PAS Tawan 40 kerusi Parlimen hanya angan-angan Mat Jenin?' setuju atau tidak. Kalau setuju jawab A, kalau tidak jawab B.
Selain temubual dengan Muhyiddin ada juga pendapat Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, nampak sangat dari segi pemberitaannya, cubaan untuk spin supaya ramai yang hantar A iaitu setuju.
Bagaimanapun di akhir laporan Buletin Utama, keputusan mendapati 60 peratus tidak setuju bahawa ia angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan oleh Muhyiddin.
Dalam kata lain hanya 40 peratus sahaja yang setuju dengan pandangan bahawa sasaran itu adalah angan-angan Mat Jenin.
Kalau game, kira malam tadi PAS dah menang satu kosong.
Panik juga pemimpin Umno khabarnya, mau tak panik, Buletin Utama merupakan rancangan paling ramai penonton dalam semua siaran TV di Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan