Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 19 Februari 2008

ANALISA ISU : NURUL IZZAH SESUAI TENTANG KHAIRY

KEHANGATAN suhu pilihan raya umum ke- 12 turut dirasai oleh Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar. Ibu beranak satu itu tidak dapat pisahkan lagi dirinya daripada perjuangan. Ada angan-angan nampaknya tersemat di kepalanya untuk ikut semua bertanding apabila beliau tidak mengiyakan apa yang disebut oleh bapaknya yang membayangkan beliau tidak akan bertanding. Beberapa hari lalu Annuar menjelaskan anak sulungnya itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya 8 Mac nanti. Mungkin Anwar fikir belum masa lagi untuk Nurul Izzah berbuat demikian.

Namun hari ini Nurul Izzah dalam nada lain menyatakan mengenai dirinya terserah kepada pucuk pimpinan.


Jika diukur kepada pengalaman yang dipunggut Nurul Izzah, di mana dia adalah antara orang yang memperjuangkan reformasi dan pembebasan ayahnya, beliau sudah boleh diturunkan untuk menguji sejauh mana keampuhan pengalamannya.

Apabila Nurul Izzah menyatakan dia bersedia bertanding, jelas beliau beriya untuk berlatih berpolitik dalam pilihan raya kali ini. Kata-kata itu dengan sendiri menafi atau memberi isyarat kepada bapanya yang beliau sudah bersedia.

Menguji kekuatan

Persoalanya kini di kawasan manakah sesuai untuk Puteri Reformai itu menguji kekuatan dan popularitinya. Sebelum ini ada laporan mengatakan beliau bakal diletakkan bertanding di Wangsa Maju (kampung saya!) atau Lembah Pantai.

Ada alasan dan hujah kenapa kawasan Wangsa Maju ditunjukkan kepada Nurul Izzah. Wangsa Maju kawasan pinggir bandar di mana mempunyai kompilisi pengundi antara cerdik dan tidak berapa cerdik. Maksudnya pengundi yang taksub kepada Umno dan pengundi yang terbuka dan bersedia memilih selain daripada Umno.

Di lihat kepada pola pengundi kalau Nurul Izzah bertanding di Wangsa Maju ia bakal memberi cabaran hebat kepada calon BN. Kawasan ini mempunyai peratus pengundi Melayu 52.70% berbanding dengan Cina 38.30% dan India 8.00%. Dulu Wangsa Maju adalah kerusi Umno tetapi terlepas kepada MCA gara-gara pemimpin Umno Bahagian ini lebih menjaga kedudukan diri daripada kepentingan parti (Melayu).

Suasana dan fakta ini menguntungkan Nurul Izzah. Sudah pasti mereka yang kecewa dan kesal dengan Umno manakala orang Cina yang tidak dapat menerima politik kronisme MCA akan menunjukkan protes mereka dengan menyokong Nurul Izzah.


Hal yang sama juga berlaku di Lembah Pantai. Peratus pengundi Melayu di sini 53.20%, berbanding dengan Cina 25.73%. Kompilasi pengundi cerdik dan kurang cerdik boleh diambil kesempatan oleh Nurul Izzah. Lemah Pantai juga dikenal sebagai antara kawasan yang mempunyai penyokong reformasi yang kuat pada tahun 1998 dulu.

Bagaimana pun di sini saya ada cadangan untuk Nurul Izzah melatihkan dirinya. Apa kata kalau beliau bertanding menentang Naib Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin di mana saja. Nurul Izzah dikira layak untuk beradu tenaga dan kekuataan dengan Khairy. Kalau Khairy mempunyai aset sebagai menantu Perdana Menyteri, Nurul Izzah pula mempunyai aset sebagai anak bekas TPM Malaysia.

Kalau Nurul Izzah bertemu dengan Khairy ia seperti ruas bertemu dengan buku. Atau Khamis bertemu dengan Jumaat! Saya percaya keduanya mempunyai peminat dan penyokong masing-masing. Pertemuan mereka juga boleh dijadikan kayu pengukur menilai sejauh mana populariti kedua orang yang menjadi idola mereka, Khairy (Abdullah) manakala Nurul Izzah (Anwar).

Sekiranya desas desus mengatakan Khairy akan turun belajar berpolitik di Rembau Negeri Sembila, tidak menjadi masalah kepada Nurul Izzah untuk mengikuti Khairy Jamaluddin di situ. Pasti kalau Nurul Izzah berlawan dengan Khairy ia akan menjadi legasi yang tiDak terlupa kepada pilihan raya ke - 12 khususnya untuk generasi sebaya mereka. [wm kl. 8:30 pm 18/02/08]

http://msomelayu.blogspot.com/2008/02/analisa-berita.html

Tiada ulasan: