Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 20 Februari 2008

MENGOPTIMUMKAN KEMPEN SIBER PILIHAN RAYA

Kehangatan pilihanraya semakin membahang dengan hari penamaan calon akan tiba dalam beberapa detik lagi. Kempen-kempen media arus perdana sama ada secara bercetak atau elektronik terus menggambarkan kepincangan ruang penyebaran maklumat di antara parti yang menerajui ‘kerajaan sementara’ dan pihak parti lawan. Bayangkan selepas pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian, terus pihak media utama memulakan propaganda mereka pada keesokan harinya dengan menayangkan poster-poster Barisan Nasional (BN) tanpa memberikan seinci ruang pun kepada pihak Barisan Rakyat/Alternatif (BA). “Demokrasi acuan kita” mereka melaungkan tanpa rasa segan.

Bagi masyarakat Malaysia umum yang terhidang dengan tatapan akhbar massa dan rangkaian televisyen utama, mereka pasti tidak akan menyedari dan mengetahui langsung kepincangan dan kelemahan BN, dan yang pastinya mereka akan dihidangkan dengan segala tatapan keburukan, kejelekan dan pelbagai taburan fitnah kepada BA. Hatta sekecil-kecil kelemahan pasti akan dibesarkan, asalkan mereka mendapat untung dan laba. Istilah ‘spin doctor’ akan terjelma kembali untuk terus meloyakan pihak BA, manakala BN terus enak terlelap di kerusi yang empuk kerana masyarakat kita boleh di tipu lagi.

Bekerja dalam ketempangan sistem yang ada di samping berusaha mengubah sistem yang sedia ada pasti memenatkan. Sudah acapkali diulang-ulang pelbagai perkara yang sering menghambat kemenangan BA dan salah satunya adalah ketelusan media. Apabila erti demokrasi telah dikhianati, apa lagi ruang yang tinggal untuk BA? Tanggungjawab untuk menyelamatkan masyarakat dan negara daripada parti BN yang curang perlu terus di galas dan terbeban kepada mereka.

Kebangkitan peranan internet sebagai kuasa perantaraan telah menimbulkan segmen baru yang telah diterokai. Untuk melihat media maya mampu melakukan peranan yang sama dengan media massa bakal memerlukan peralihan beberapa generasi. Pilihanraya kali ini hanya menampakkan sedikit bayang-bayang awal sejauh mana kekuatan kempen maya, dan harapan sepenuhnya tidak seharusnya diletakkan padanya. Usaha kempen-kempen individu dan terbitan bahan bercetak terus wajib dilakukan jika BA mahu memenangi undi masyarakat. Kekuatan ceramah umum dan kelompok perlu terus dipandang sebagai keutamaan utama kempen, namun modus operandi dan bahan kempen boleh dikongsi antara penggerak-penggerak kempen.


Dengan itu, KELAB MAYA BARISAN RAKYAT bertemakan ‘menjana kemenangan melalui perkongsian’ dengan ini melancarkan laman web www.bahankempen.com untuk menerima dan membekalkan bahan-bahan kempen kepada semua penggerak.

Kepada: Mana-mana penggerak/ pendokong/ aktivis/ campaigners/ individu/ kumpulan
Objektif: Mewujudkan Pusat Perkongsian Bahan Kempen PRU-12 (upload dan download)
Kaedah:

1) Untuk menghantar bahan kempen (dokumen, power point persembahan, poster, video dll), sila emailkan kepada bahankempen@yahoo.com

2) Untuk mendownload bahan, sila ke www.bahankempen.com

BAHAN AKAN SENTIASA DI UPDATE. SILA SEBARKAN.

LamanWeb Bahan Kempen

Tiada ulasan: