KEDUDUKAN Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim terus menjadi tanya tanya hari ini selepas beliau menangguhkan pengumuman senarai calon Barisan Nasional (BN) Perlis.
Shahidan yang mengadakan pertemuan sekali lagi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya petang ini tidak kembali ke Kangar selepas perjumpaan itu yang diadakan untuk memuktamadkan senarai calon BN di negeri itu.
Sehingga lewat malam ini, beliau dikatakan masih berada di Putrajaya.
Shahidan pada mulanya dijadual mengadakan sidang akhbar mengumumkan senarai calon BN Perlis pada pukul 3 petang ini tetapi dibatalkan. Sidang akhbar itu ditunda ke pukul 5 petang esok.
Shahidan ketika dihubungi malam ini berkata, beliau sendiri akan mengumumkan nama calon itu, bukan orang lain.
"Saya masih lagi Pengerusi BN Perlis, saya sendiri akan membuat pengumuman (senarai nama calon)," tegasnya.
Senario itu menimbulkan desas-desus politik di Perlis yang mengaitkannya dengan masa depan Shahidan sebagai Menteri Besar.
Utusan Malaysia difahamkan, para penyokongnya berkumpul di beberapa bilik gerakan di Arau untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai senarai pencalonan BN di negeri itu.
Beberapa pihak mula membuat spekulasi kononnya senarai calon BN mungkin tidak diumumkan oleh Shahidan.
Nama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid kini disebut-sebut bakal terlibat dalam politik peringkat negeri di Perlis.
Sementara itu, nasib Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob juga belum diketahui kerana beliau masih tidak menetapkan tarikh untuk mengadakan sidang akhbar mengumumkan senarai calon BN di Pahang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan