ALOR LIMBAT: Kampung Gelugor Kedai merupakan antara kubu kuat UMNO/BN di DUN Alor Limbat. Antara factor kekuatan UMNO/BN adalah disebabkan oleh Dato' Abd Rahman Bakar (Man Bakar).
Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, yang digugurkan oleh Idris Jusoh, merupakan anak jati kampung itu dan kediamannya berada di sini.
Seawal seminggu sebelum pengumuman pembubaran pilihanraya, telah terpacak 3 bendera parti tersebut di setiap tiang elektrik dan di tepi jalan menuju ke rumah Man Bakar.
Namun, setelah pulang dari kerja petang kelmarin sesuatu yang luar biasa berlaku. Saya terkejut melihat longgokan bendera UMNO/BN di tepi-tepi jalan dan ketiadaan dan hilangnya bendera yang dipacak sebelum itu di tiang-tiang elektrik. Rupa-rupanya, kroni-kroni Man Bakar telah membuang dan menurunkan sendiri bendera parti kesayangan mereka.
Saya merasa sungguh takjub dengan keadaan ini. Baru beberapa hari lepas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) dan Majlid Daerah Dungun(MDD) menunjukkan kuasa mereka disebalik arahan Wisma Darul Iman, menurunkan bendera dan poster PAS di bulatan Batu Enam dan Dungun. Kuasa Allah SWT, kalau nak ditunjukkan kebesaranNya, apa-apa sahaja boleh berlaku, dalam sekelip mata.
Beberapa anggota polis turut datang ke Gelugor Kedai kerana menyangkakan penyokong PAS yang menurunkan bendera UMNO/BN.
Melihat kemarahan dan kemuraman kroni-kroni UMNO/BN ketika menurunkan bendera, amat jelas kelihatan bahawa mereka adalah orang yang taksub kepada pimpinan dan mempunyai kepentingan peribadi masing-masing.
Saya sempat bertanya pada beberapa kroni Man Bakar yang sedang mengumpulkan 'sampah' bendera dan poster UMNO/BN.
Menurut mereka, Man Bakar sendiri sangat terkejut apabila namanya tidak tersenarai untuk pilihanraya ke-12 kali ini. Menurutnya lagi, dia amat bersedia dengan PRU Ke 12kali ini.
Dia juga menyatakan bahawa dia merasa hairan kerana Man Bakar merupakan antara orang utama UMNO/BN Terengganu tidak dicalonkan langsung pada kali ini, samada di kerusi Parl;imen atau kerusi DUN, sedangkan Man Bakar telah banyak berjasa kepada UMNO/BN.
Sesungguhnya, ini merupakan antara petunjuk dan bibit awal sinar kemenangan Islam bermula. Perjuangan kerana manusia atau ideologi material pasti tidak akan kekal lama.
Seperti kata seorang penduduk Gelugor Kedai yang sebelum ini merupakan penyokong kuat BN , "Kalau Allah nak tunjuk kuasaNya, sekejap sahaja ianya boleh berlaku, tanpa kita duga".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan