Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 12 April 2008

ISU BABI : ALI RUSTAM PUN NAK TUMPANG SEKAKI JUGA..

OLEH : LANG BUANA

Kerap jugalah saya mengunjungi blog ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam. Ala.. blog yang dia beritahu dalam akhbar yang dah lama dialam siber, walhal baru je seminggu lebih..tetapi tahniah kepada Datuk kerana sudah ada blog sendiri. Pasni mana tau boleh jadi member. Setelah rasa kewibawaannya tercabar selepas PRU 12 jadi beliau mengambil inisiatif mewujudkan blog sendiri agar beliau dapat menjalinkan hubungan dengan lebih rapat bersama rakyat di alam siber..

Setelah hampir seminggu blog beliau tidak dikemaskini, akhirnya semalan ada beberapa artikel terbit dari blog beliau..Saya terbaca dan tertarik dengan tajuk terbaru beliau yang sekarang ini begitu sensasi dikalangan pemimpin UMNO yang 'high' dan 'low' class pemikirannya iaitu
ladang ternakan babi hadiah pilihanraya. Saya tidak mahu menceritakan lebih detail tetapi jika ingin membaca keterangan lanjut melalui kenyataan Ali Rustam bolehlah rujuk disini.

Untuk ini saya hanya menyiarkan komen-komen dari kalangan pembaca yang membuat ulasan berkenaan dengan tajuk babi. Sila rujuk antara komen yang saya paparkan disini, macam-macam gelagat dapat dilihat..:-

msian said...
Sangat tepat... SELAMA Kerajaan BN di selangor penternakan babi dibuat sacara terbuka tanpa system/teknologi terkini yang mencemarkan alam sekitar tetapi SEKARANG Kerajaan PR meluluskan cadangan penternakan babi yang tertutup & systematic yang mengunakan teknologi terkini dimana sisi buangan akan diguna semula untuk menjana tenaga dan membuat manakanan babi2. Jadi tiada lagi pencemaran alam sekitar!!!!Terima Kasih PRdari berita tv3 11th April 2008
12/4/08 12:16 AM

azam said...
Kat Selangor, ni reason & justification for the project.

1. Dapat menggurangkan jumlah ladang-ladang ternakan yang sah atau tidak yang diusahakan selama ini di seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. Secara tidak langsung negeri-negeri lain bebas dari urusan tadbir selia khinzir.

2. Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Seperti kita semua sedia maklum bahawa pencemaran dari najis khinzir ini adalah amat berat dan kritikal ketika ini. Oleh itu dengan cara moden dan berpusat dapat mengurangkan pencemaran di negeri lain samada pencemaran air atau bau.

3. Pelaksanaan projek ini juga dapat mengurangkan wabak penyakit berkaitan dari hal khinzir seperti JE (Virus Nipah) kerana ianya hanya akan melibatkan satu sahaja kawasan kerana mengambi kira sistem berpusat yang dilaksanakan. Secara tidak langsung kawalan penyakit dari binatang ternakan berkenaan tidak merebak ke negeri-negeri lain. Hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja.

4. Hasil penternakan ini hanyalah untuk keperluan penduduk bukan Islam di dalam Malaysia sahaja dan bukan untuk dieksport.

Alasannya adalah mudah, kerana ia dapat dikawal jumlah ternakan mengikut permintaan tempatan. Kat Melaka Tok Li, apa yg kerajaan melaka telah buat???
12/4/08 1:07 AM

rasa sayang said...
ali rustam ini tak cerdik langsung. pakai hentam sahaja. kacamata apa? saya rasa dia ini buta la. eh, pak ali, sila baca commen dan jawab. jangan pakai tulis saja. kalau buta jangan jadi CM, pergi balik kandang tidur.
12/4/08 2:07 AM

Kawan Baik said...
Akum Dato,saya ingatkan dato merupakan politik pemimpin yg matang. rupa seorang pemimpin yg suka ambil kesempatan dan menuduh tanpa unsur periksa. kalau nak menghentam kerajaan selangor pun jgn ambil info daripada paper/tv... dapatkan info terus daripada mulut kerajaan PR atau dapatkan kenyataan terperinci yg dikeluarkan oleh PR di internet.kami sebagai rakyat malaysia inginkan khidmat yg terbaik dan muafakat pemimpin x kira kerajaan atau pembangkang. apa yg saya faham dan dapat maklumat daripada kerajaan PR mereka ingin mengumpul semua ladang babi di selangor di 1 sahaja kawasan dan ladang tersebut dibangunkan/diusahakan menggunakan teknlogi moden agar terpelihara alam sekitar dan mengelakkan pencemaran. rakyat menyokong kalaulah itu tujuannya... babi hak bukan islam... hak orang islam pula adalah kekotoran dan kebersihan daripada ternakan babi tersebut terpelihara. saya sebagai rakyat malaysia sudah muak dengan pemimpin umno terutamanya berfikiran sempit, jumud dan mainkan sentimen perkauman untuk kepentingan perut sendiri. kami perlukan pemimpin yg bersih sama ada zahir mahu pun batin. kami tak perlukan pemimpin yg rasuah, zalim dan menggunakan kuasa atas kepentingan diri sendiri. dato sendiri cuba ingin menghentam pihak lain akan tetapi negeri yg dato' tadbir sendiri pun bermasalah dalam hal pengurusan babi. jgn hanya tahu menunding jari pada orang lain tp diri sendiri tidak mahu dilihat. harapan kami rakyat malaysia agar dato dan pemimpin umno yg lain semoga lebih berfikiran terbuka dan berjuang untuk agama, bangsa dan negara BUKAN UNTUK KEPENTINGAN PERUT SENDIRI & KRONI.Dari,anak muda selangor yg sudah meluat dengan pemimpin umno.
12/4/08 2:39 AM

Ini antara komen yang dapat saya paparkan..selebihnya boleh baca sendiri di dalam blog beliau. Hampir kesemua komen tersebut mengkritik Ali Rustam. Malang bagi beliau berada di alam blogger tetapi beliau kena terima hakikat kerana ini yang beliau cari. Tetapi bagi saya, sebagai seorang pemimpin tertinggi di Negeri Melaka dan Naib Presiden UMNO beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang 'kurang pintar' kerana semua hujah didalam blog beliau hanyalah banyak berpandukan kepada media massa kerajaan. Langkah terbaik beliau pergi sendiri ke Selangor dan belajar bagaiman situasi ini diselesaikan di Selangor dan bila kembali ke Melaka mungkin Ali Rustam boleh manfaatkan ilmu tersebut untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di Paya mengkuang dan Sungai Tuang.. Ala takkan boleh lupa, kan 2 peti undi tersebut BN kalah teruk...

Jadi jangan dok mengkritik sahaja, cuba cari jalan penyelesaian. Bagi saya selesaikan masalah di Melaka dan jangan dok campuri urusan orang diluar. Jangan anggap Datuk sahaja yang pintar, ramai lagi yang lebih pintar dan cerdik daripada Datuk....pikir-pikir sendiri

Tiada ulasan: