Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 12 April 2008

KERAJAAN JAKUN DALAM KERAJAAN !!

Tindakan kerajaan pusat campurtangan dalam pentadbiran negeri-negeri dengan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKK) serta Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dikecam oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pemerintahan JAKUN dan tidak profesional, itulah bahasa yang paling tepat dan sesuai digunakan kepada Pemerintah Kerajaan Pusat. Masih tidak serik dengan apa yang berlaku pada PRU12 yang lalu. Inilah perkara yang meluat dan meloyakan yang telah dibuat dan cuba lagi dibuat dimulai dengan pembatalan MOU oleh Kementerian Pelancongan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kita pernah hidup di zaman Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein Onn dengan tiada diskriminasi oleh kerajaan pusat. Ia bermula semasa Tun Dr Mahathir. Orang politik mula campur tangan dalam pentadbiran negeri dan juga jabatan-jabatan kerajaan di bawah Kerajaan Persekutuan.

Di masa 3 PM pertama, kita dapat lihat pegawai-pegawai kerajaan bekerja dengan tertib dan bebas mengikut bidang kuasa dan kemahiran pegawai berkenaan, tanpa campurtangan orang politik. Apa yang dirasakan baik kepada majoriti rakyat akan dibuat tanpa melihat kepada status politik mereka. Samaada di sekolah, pusat pengajian tinggi, di kebun getah, kelapa sawit, bendang padi, kebun sayur semuanya terserah kepada budibicara badan terbabit. Risda dengan getahnya, Felda, Felcra dengan tanah rancangannya,Mardi dan Pejabat Pertanian dengan tanamannya, sekolah dan universiti dengan pelajaran dan keintelektualannya tidak diganggu.

Cuba kita bandingkan sekarang, PIBG pun dipolitikkan, pertukaran guru pun sama. Naib Cancelor apatah lagi, intelek pensyarah dan pelajar di kongkong. Baja padi di cap lambang "Dacing", begitu juga baja getah. Projek sekolah dan bangunan terpampang "Projek Kerajaan BN/Persekutuan". Bahkan kenaikan pangkat guru mesti ada nombor ahli UMNO....apa semua ini?

Kini timbul kembali dengan JKKK Kerajaan Persekutuan, Jabatan Khas (Jabatan Pembangunan Persekutuan). Negeri Kelantan dan Terengganu telah maklum, cuma bagi negeri2 Perak, Selangor , Kedah dan Pulau Pinang baru pertama kali dengar. Apakah dengan penubuhan badan2 seperti ini boleh menjimatkan wang rakyat? Apakah UMNO/BN yang bayar?

Perkara-perkara membazir dan tidak ikhlas seperti inilah yang boleh menimbulkan murka Allah. Ini tanggungjawab berat bagi pihak berkuasa. Perintahlah dengan ikut ilmu bukan ikut nafsu. Tidak perlulah mendengar sangat cakap2 hulubalang yang tidak faham ugama. Carilah mereka yang tahu. Tidak rugi kita ikut jalan Tuhan (walaupun nampak macam rendah diri di mata manusia), tapi kita semua akan selamat dunia akhirat. ameen.

My As

Tiada ulasan: