Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Mei 2008

KATA BARISAN NASIONAL : MALAYSIA SELAMAT, AMAN, MAKMUR

KANGAR 5 Mei – Tujuh lelaki ditahan reman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes seorang buruh yang dipukul lebih 20 lelaki sehingga menyebabkan kematiannya awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Mohd. Diah berkata, perintah tahanan reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret di sini petang semalam.

Katanya, kesemua yang ditahan itu berusia antara 30 dan 40 tahun.

"Awal pagi kelmarin enam orang ditahan dan pada sebelah petangnya seorang lagi ditahan bagi membantu siasatan kes ini.

"Mereka ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata Yusof ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan seorang buruh, Hatib Leman, 35, mati dipukul sekumpulan lebih 20 penduduk kampung kerana disyaki mengintai dan cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Belakang Kilang Ais, Kuala Perlis di sini

Tiada ulasan: