Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 17 Februari 2010

BAHANA CALON TANGKAP MUAT

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tersalah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu bertanding pada pilihan raya umum lalu.

“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih dan ketika itu PKR masih baru, jadi kita terpaksa ambil mereka,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau dilaporkan kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang

Dalam pada itu, Anwar turut menyelar pihak yang didakwa cuba menjatuhkannya dengan menggunakan saluran tertentu bertujuan mengelirukan rakyat agar hilang kepercayaan terhadap beliau.

“Jangan ingat mereka guna mahkamah saya takut, saya akan terus memperjuangkan matlamat utama parti iaitu membela rakyat tidak mengira kaum dan bangsa kerana ini janji saya ketika mula pertubuhan PKR dulu.

“Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kami jentera penggerak parti termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan berjuang habis-habisan walau apa jua cabaran yang datang dan saya ingin memberi semangat kepada Guan Eng, jangan patah semangat walau apa jua yang dilakukan oleh UMNO dan BN,” katanya.

Menyentuh isu pentadbiran PR di negeri itu, Anwar berkata, beliau akan memberi sokongan penuh terhadap apa jua tindakan Guan Eng demi kepentingan rak- yat di negeri itu.

“Saya ingin mengatakan di sini, yang buat bising Melayu 15 hingga 20 orang sahaja, yang lain sudah boleh fikir, jadi kita tidak perlulah ambil pusing dengan mereka ini kerana apa yang penting adalah hak rakyat. Semasa pemerintahan BN dulu, rakyat kena tindas," katanya.

Tiada ulasan: