Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 22 Jun 2014

MAHKAMAH KEZALIMAN JATUH HUKUM MATI

Mahkamah Jenayah wilayah El Menia membuat keputusan muktamad hari ini dengan menghukum mati 183 orang pejuang Islam daripada 683 orang yang diarahkan dokumen mereka dipindahkan kepada Mufti Mesir sebelum ini. 683 orang ini merupakan kumpulan kedua selepas 529 orang yang ditimpa nasib yang sama sebelum itu yang dituduh terlibat dalam serangan balai polis Edwah di wilayah tersebut Ogos tahun lalu. Mengetuai senarai yang dihukum mati ialah Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Badie.


 Beliau kini juga menghadapi proses hukuman mati dalam beberapa kes palsu lain termasuk "Tragedi Masjid Istiqamah" beberapa hari lalu yang failnya telah dipindahkan kepada Mufti untuk memperolehi persetujuan Mufti Mesir untuk dihukum mati. Jika dokumen itu ditandatangani oleh maulana Mufti itu maka dua kali beliau akan ke tali gantung. Kemungkinan tiga, empat atau puluhan kali lagi akan ke tali gantung melalui kes-kes palsu yang direka. Selain itu, 4 orang termasuk dua wanita dihukum penjara seumur hidup manakala baki 496 yang lain dibebaskan.

Tiada ulasan: