Kegiatan tidak bermoral dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat ke tahap yang meruncing. Yang terkini, kemudahan canggih yang sedia ada pada zaman ini disalah gunakan untuk mengaibkan bangsa dan agama..sama-sama kita berpakat dalam memerangi gejala yang tidak sihat dan boleh memudaratkan generasi sekarang mahupun akan datang...
MUAR: Sekurang-kurangnya 50 laman web persendirian dikesan menyebarkan pelbagai aksi lucah membabitkan gadis dan pasangan tempatan.
Semua laman web itu dipercayai dihasilkan pihak tertentu yang menawarkan ratusan gambar lucah yang mereka dakwa gadis tempatan secara percuma kepada ahli masing-masing.
Lebih daripada itu, kebanyakan laman web berkenaan turut menawarkan klip video aksi ranjang yang dirakam menggunakan telefon bimbit dan perakam video
Dipercayai semua laman web tidak bermoral itu mempunyai kaitan antara satu sama lain bagi membolehkan mereka bertukar-tukar bahan yang dikirimkan ahli masing-masing.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, sebahagian besar daripada bahan lucah yang ditawarkan semua laman web itu dikitar semula daripada laman web lucah yang pernah didedahkan Harian Metro sebelum ini.
Malah semua laman web berkenaan turut mempunyai gambar gadis Melayu yang memakai tudung dengan aksi yang memalukan.
Ada juga gambar lucah yang disebarkan itu membabitkan rakaman kamera pengintip ke atas wanita yang sedang menggunakan bilik air di tandas awam dan di kompleks membeli-belah.
Usaha pihak yang bertanggungjawab mewujudkan laman web lucah seumpama itu tidak terhenti di situ kerana ada yang berusaha melakukannya bagi tujuan mendapat keuntungan.
Ini jelas melalui pengendali laman web yang dikenali sebagai Zadina yang begitu aktif menyebarkan gambar lucah terutama gadis Melayu melalui laman web yang diciptanya.
Terbaru, Zadina dikatakan berjaya menyiapkan sebuah laman web lucah yang paling hangat.
Laman web berkenaan memaparkan koleksi gambar lucah yang dihantar pengendali yang dikenali sebagai Zarnia melalui laman web.
Dianggarkan ada melebihi 5,000 gambar lucah dipaparkan laman web berkenaan.
Tidak seperti sebelum ini, laman web terbaru ini dikenakan bayaran RM30 untuk menjadi ahli seumur hidup dengan jaminan bebas pop-up, Spam dan tidak memerlukan kata laluan.
P/S- Kemana perginya maruah Islam Hadhari ciptaan UMNO? Sehinggakan masalah sebegini pun tidak berjaya diselesaikan. Sebab itulah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka kata Islam Hadhari nilah BIDAAH paling besar yang patut diperangi habis-habisan. Menggunakan nama islam yang dibubuh racun dan diadun dengan ideaologi sekular ciptaan manusia bagi menggantikan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang sudah pasti dapat menyelesaikan masalah manusia seantero dunia.
Marilah kita bersatu dalam Islam sebenar dan bersatu menentang ideologi sekular yang dibawa oleh UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan