MELAKA, 17 Julai - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan mengadakan Demo menyatakan sokongan kepada Umat Islam Palestin dan Lubnan pada hari Jumaat ini. Arahan ini dipetik dari Harakahdaily hari ini.
Sementara itu Presiden PAS juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hizbullah dan Hamas kerana membangkitkan semangat umat Islam menentang keganasan Israel selepas mereka dikecewakan oleh kerajaan sekular di negara masing-masing.
Dalam kenyataan medianya sebentar tadi beliau berkata, PAS bersama dengan seluruh gerakan Islam sedunia memberikan sokongan padu kepada Hizbullah di Lubnan dan Hamas di Palestin yang bangkit berjihad menentang Israel.
"Insya Allah PAS dan gerakan Islam lain akan guna saluran politik dan berusaha dengan apa bentuk yang mampu dihulurkan untuk memberikan sokongan moral sekurang-kurangnya kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Lubnan" ujar beliau.
Katanya, PAS mengharapkan peristiwa yang berlaku di Lubnan dan Palestin sebagai satu kebangkitan baru kepada umat Islam setelah mereka dizalimi dengan begitu rupa, khususnya dunia Barat tidak menerima gerakan Islam yang menang dalam pilihan raya melalui proses demokrasi.
Presiden PAS menegaskan. konflik terbaru di Asia Barat merupakan agenda Israel, pertamanya, untuk menggulingkan kerajaan Hamas yang menang dalam pilihan raya, setelah Hamas tidak dibantu oleh negara-negara OIC khususnya Liga Arab.
"Kedua, Israel berusaha untuk melucutkan kekuatan persenjataan Hizbullah dengan mencetus pergolakan politik di Lubnan.
"Kita mengharapkan kedua-dua agenda Israel ini gagal," tegas beliau.
Mengulas mengenai dakwaan Amerika Syarikat dan Israel bahawa Hizbullah dan Hamas mandat bantuan Iran dan Syria, Presiden PAS menegaskan bahawa Israel terlebih dahulu mendapat bantuan daripada Amerika, Britain, Perancis dan beberapa negara Barat yang lain.
Tegasnya, "Tidak salah Iran atau Syria membantu Hizbullah dan Hamas. Bahkan wajib semua negara umat Islam membantu, jika tidak, menurut hukum Islam mereka akan menanggung dosa."
Menurut Ustaz Hadi, PAS melihat berlaku perbezaan ketara di antara pendapat umum umat Islam berbanding kerajaan umat Islam yang diterajui oleh golongan sekular.
"Umat Islam sedunia bersama-sama dengan Hizbullah dan Hamas, adapun kerajaan mereka berada dalam ketakutan dan terpinga-pinga.
"Kita mengharapkan kerajaan negara OIC, khususnya Liga Arab supaya bangkit dari tidur sebelum mereka dibangkitkan oleh rakyat masing-masing," tegasnya.
Sehubungan dengan itu, Presiden PAS mengarahkan Badan Perhubungan PAS negeri-negeri menggerakkan semua ahli PAS di seluruh negara, supaya melakukan solat hajat dengan qunut nazilah memohon pertolongan Allah khusus untuk saudara seislam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
Sumber : Harakahdaily.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan