MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua yang ponteng sekolah sejak tiga hari lalu ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama seorang lelaki bukan Islam di sebuah bilik hotel di Jalan Parameswara di sini, petang semalam
Difahamkan, pelajar berkenaan sanggup ponteng sekolah bagi menemui lelaki yang dianggap sebagai abang angkatnya yang baru dikenali sejak sebulan lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata selepas menerima aduan awam, empat anggota penguat kuasa bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan
"Selepas hampir 10 minit pintu diketuk, seorang gadis yang hanya memakai kemeja-T berlengan pendek dan menampakkan pusat serta berseluar denim keluar.
"Selepas memperkenalkan diri, anggota penguat kuasa terus masuk untuk membuat pemeriksaan dan melihat seorang lelaki yang hanya berseluar panjang sedang berbaring di atas katil sambil menonton televisyen.
"Pemeriksaan lanjut mendapati gadis berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dengan lelaki yang bukan beragama Islam itu," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Rahimin berkata, pasangan terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Hilir untuk laporan penangkapan sebelum ke pejabat Jaim untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 23 tahun itu mendakwa menyewa bilik itu kerana tidak mempunyai tempat tinggal lain dan tujuannya datang adalah untuk meninjau peluang perniagaan di bandar ini.
"Gadis terbabit memaklumkan lelaki terbabit adalah abang angkatnya dan sebelum ditahan tidak mengaku membuat perkara sumbang.
"Pelajar terbabit turut mendakwa ibu bapanya tidak berada di negeri ini dan berada di Kuala Lumpur.
"Dia mendakwa datang ke hotel berkenaan mengikut dua rakannya.
"Bagaimanapun ketika Jaim tiba, dua rakannya sudah keluar untuk membeli makanan," katanya.
Sementara itu, Rahimin berkata, ibu kepada gadis berkenaan datang menjamin anaknya selepas dimaklumkan mengenai penahanan itu.
Gadis itu akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhram.Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan.
p/s : semakin kaya dan maju sesebuah negeri semakin meningkatlah gejala keruntuhan moral remaja masa kini...inilah balasan yang diterima akibat menolak hukum Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan