Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 6 Julai 2006

KEMENTERIAN MULA MANTAPKAN GERAK KERJA PILIHANRAYA UNTUK UMNO?

TANJUNG KELING : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah kementerian Penerangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Gerak Kerja Pilihanraya selama 3 hari bermula pada3hb sehingga 5hb Julai 2006 bertempat di Merak Melaka Beach Resort.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohamed Amin Salih. Antara ucapannya ialah pegawai-pegawai kerajaan dan juga menteri perlu berdiri teguh di belakang kerajaan sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pentadbir kerajaan.

Menurutnya lagi untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, pelbagai program telah direncana supaya kemenangan kerusi pilihanraya banyak memihak kepada Barisan Nasional. (peh.., ini ke tugas Jabatan Hal Ehwal Khas...ini bukan rakyat ni, ini sudah masuk program UMNO, bukan salah guna kuasa ke???)

Bengkel ini juga bertujuan merangka format gerakkerja pilihanraya JASA serta membentuk garis piawaian laporan selain membentuk serta melatih pegawai-pegawai baruJASA sebagai urusetia, petugas dan perumus laporan pilihanraya peringkat negeri.

P/s - UMNO gentlemenlah sikit... tak payahlah guna Jabatan Penerangan untuk kepentingan politik sekular engkauorang. Ni kau pakai Jabatan Penerangan ni kau bayau dia ke atau dia bayau engkau? PAS nak guna Jabatan Penerangan boleh tak untuk beritahu Islam pada rakyat?

hah..orang PAS ingat sikit.. dia orang dah jalan keja dah tu.. ana dah check dah diaorang punya mission...macam-macam adaa... salah satunya taqarrub le,...gerakan mahasiswa le dan banyak lagi.

Tapi ingat... kalau diaorang boleh keja tungkus lumus bagi mempertahankan kerajaan sekular apalagi kita yang bercita-cita menghapuskan fahaman sekularisme dari di anuti oleh orang muslim keseluruhannya. Teruskan jihad...

Tiada ulasan: