WALAUPUN kes Melayu muflis bukan sesuatu yang memeranjatkan tetapi ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana banyak susah dan payah yang akan menimpa mereka yang muflis, sekali gus secara tidak langsung ianya boleh menjejaskan imej Melayu, malah secara tidak langsung juga ia boleh menyumbangkan kepada kebantutan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam mencapai matlamatnya.
Dengan jumlah 84,307 atau 51 peratus daripada 104,770 kes kemuflisan pada tahun 2005, secara tidak langsung lebih 7,000 sebulan dan sekitar 233 setiap orang Melayu muflis pada tahun berkenaan. Berdasarkan surat notis muflis yang dikeluarkan oleh Jabatan Inslovensi Malaysia dalam Utusan Malaysia, tahun ini juga memperlihatkan bilangan teramai yang muflis adalah orang Melayu.
Kenapa hal itu berlaku? Tentulah banyak sebab dan faktor penyebabnya. Tidak mudah untuk mencari jawapan pasti.
Namun secara rambangnya saya berpendapat, antaranya faktor yang sangat ketara yang menyumbang kepada kemuflisan orang Melayu adalah kerana mereka suka menggayakan hidup melebihi kemampuan sebenar.
Yang hanya mampu berjalan kaki misalnya, memaksakan diri membeli basikal, yang hanya mampu beli basikal memaksakan diri membeli motosikal, yang hanya mampu memiliki motosikal memaksa diri membeli kereta semata-mata kerana mahu bergaya.
Untuk memenuhi keinginan bergaya itu, maka mahu tidak mahu mereka terpaksa berhutang, khususnya membeli barangan yang tidak menjadi keperluan asas dan terdesak tetapi dibeli kerana mahu memenuhi kecenderungan bergaya melalui skim ansuran.
Ada sesetengahnya pula hanya mampu berkereta Kancil tetapi menjual dan mempamer gaya serta lagak dengan memaksa diri membeli Proton Wira atau kereta-kereta yang lebih mewah, supaya orang kagum melihat gayanya.
Biar papa asalkan bergaya, wabak dan sindrom yang sukar untuk dikikis dari hati nurani dan resam hidup sebilangan besar manusia Melayu. Ada yang sehingga sanggup ikat perut demi memehuni nafsu bergaya dan berlagak.
Setiap sudut rumah sendat dengan pelbagai barangan perhiasan termasuk perabot dan sebagainya yang dibeli secara ansuran yang kadang-kadang jumlah ansuran yang dibayar setiap bulan melebihi daripada pendapatan bulanan.
Selain daripada membayar hutang ansuran, hutang dengan kawan juga keliling pinggang tidak pernah bayar kerana memang tidak mampu dibayar pun walaupun semasa minta berhutang, janji bayar baliknya sekadar dua atau tiga hari sahaja, kononnya ada cek berjumlah berbelas ribu yang baru dibank-in tetapi belum clear.
Jika kawan minta hutang, boleh bawa balah, malah ada sesetengah kawan terpaksa berdepan dengan notis muflis kerana wang modal perniagaan atau sebagainya diberi hutang kepada rakan yang kadang- kadang bukan sahaja berhutang dengan tempoh bayar baliknya sekadar dua atau tiga hari sahaja tetapi dijanjikan dibayar lebih sebagai tanda terima kasih.
Lesap
Tapi hakikatnya janji-janji yang ditabur hanyalah permainan bibir. Bila apa yang diminta diperoleh, rakan yang diberi hutang lesap entah ke mana-mana. Telefon tangan dimatikan atau ditukar nombor baru. Akhirnya si pemberi hutang bubus kepala kerana kerap digaru.
Bila waktu makan tengah hari, kalangan yang hidup lebih gaya daripada kemampuan pantang dengar rakan sekerja mahu keluar makan, akan segera mengekor, ambil peluang tumpang makan percuma. Adalakalanya rokok pun dikira belanja sama, malah wang baki bayar makan tengah hari akan dikebas lagi, kononnya untuk beli roti yang bini pesan.
Nampak gaya bukan main, kereta mewah, rumah besar, peralatan perabot mewah, merokok sambung punting penuh gaya tetapi yang asyik kena belanja makan tengah hari adalah kawan yang berkereta buruk, tidak merokok dan tidak pandai serta tidak ada gaya.
Yang tidak layak pakai kad kredit pun sanggup pinda slip gaji untuk melayakkannya pakai kad kredit dan golongan ini sering mempersohorkan diri kerana ada kad kredit, jual gaya dan lagak. Sebenarnya tindakan itu umpama menggali lubang untuk nantinya ditimbusi oleh hutang piutang dan akhirnya dibatunisankan oleh notis muflis.
Wabak dan sindrom muflis pada hakikatnya boleh dielak jika amalan 'biar papa asal bergaya' di kalangan orang Melayu bertukar dengan amalan 'biar nampak papa tetapi simpanan berjuta, biar dihina kerana nampak papa tetapi secarahakikatnya kita mulia kerana bebas daripada sebarang hutang, malah jauh dari buruan bayangan muflis dan bankrapsi'.
Kepada saya, sama ada Melayu mahu hidup sebagai 'Melayu Muflis' atau Melayu yang bebas wabak dan sindrom muflis, ia bergantung sepenuh kepada sikap orang Melayu sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan