Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 9 Ogos 2006

APABILA SYARIAT DIPERBESARKAN TANPA RASA TAKUT PADA TUHAN

Assalamualaikum.

Dalam sejarah perjuangan Rasulullah selama 23 tahun dalam menegakkan Kalimah Allah , Rasululah saw telah mengambil selama 13 tahun untuk mentarbiah, mendidik, mengasuh Umat Islam kearah SATU tugas yang amat berat. Iaitu mengenal umat Muhammad kearah Kecintaan Pada Illahi. Selama 13 tahun itulah Nabi Muhammad dengan sahabat2nya mendidik umat Islam melalui penekanan pada IMAN dan TAQWA! Manakala bakinya selama 10 tahun ,barulah umat Islam dididik untuk melaksanakan pelbagai syariat yang telah ditetapkan oleh ollahi

Maknanya selama 13 tahun umat muhammad dididik dengan SATU tugas iaitu Mencintai Tuhan Yang Maha Esa manakala 10 tahun seterusnya barulah melaksanakan BERBAGAI tugas yang telah ditetapkan oleh syariat!

Hasilnya bangsa Arab yang terkenal dengan sikap kasar, sombong dan bengis yakni hidup dalam alam jahiliah bertukar menjadi umat Islam yang bertamadun tinggi dengan berkasih sayang sesama mereka dan Mencintai Allah Yang Maha ESA!

Bila disebut sahaja nama Allah, maka bergementarlah umat Nabi Muhammad ketika itu. Kerana mereka telah dididik dengan tertanamnya didalam hati dan jiwa mereka, RINDU pada Tuhan, TAKUT pada Tuhan, rasa SAYANG pada Tuhan , rasa CINTA pada Tuhan. Seolah2 Tuhan itu berada dihadapan mereka! Kemaruk pada kecintaan mereka pada Tuhan tidak dapat digambarkan dengan kata2 sehingga turun ayat perintah SOLAT pada Tuhan. Barulah mereka dapat melepas RINDU DENDAM mereka pada Tuhan dengan mengerjakan solat yang wajib apatah lagi dengan solat2 yang sunat sehingga bengkak-bengkak kaki mereka!

Bukan setakat dua atau lebih rakaat solat sunat sehari semalam , malahan ratusan rakaat mereka kerjakan untuk melepaskan kasih sayang mereka pada Tuhan! Air mata jangan dikira, sehingga menjadi basahan di atas sejadah mereka. Memohon keampunan dan rahmat dari Illahi!

Bagaimana persediaan mereka dalam memulakan solat dan berakhir dalam menyempurnakan solat mungkin tidak dapat dibayangkan dalam otak kepala kita. Mereka begitu amat gembira sekali sewaktu menunggu waktu solat dan berasa teramat sedih sekali malah merintih serta menangis memohon keampunan pada Ilahi diakhir menyempurnakan solat!

Mengapa mereka menangis setelah selesai menunaikan solat. Sepatutnya mereka berasa gembira seperti umat Muhammad diakhir zaman ini . Mereka berasa lega seperti telah lepas dari satu beban yang berat untuk dipikul. Seperti solat Jumaat sebaik sahaja selesai solat maka berduyun2 umat Islam keluar dari masjid tanpa berdoa dan berzikir memyebut nama Illahi. Apatah lagi untuk mencapai makam kecintaan pada Tuhan dalam hati masing2! Seolah2 seperti sudah selesai menjalani latihan senaman badan dimasjid!

Berbeza dengan umat Nabi Muhammad dahulu kala, mereka khuatir ibadah solat yang tidak sempurna, kurang rasa kehambaan dalam mendirikan solat malahan ibadah solat makin dibuat makin rasa kurang sempurna dan hendak dilakukan lagi sehingga ada yang merasakan seolah2 nyawa akan terbang bila2 masa dan tidak dapat lagi menyempurnakan ibadah solat pada waktu yang seterusnya! Begitulah takut nya dan gerunnya mereka pada Tuhan. Daripada rasa takut dan gerun itu menerbitkan rasa Sayang pada Tuhan, rasa Cinta pada Tuhan! Mereka amat merindui kematian terutama mati syahid pada jalan Allah.

Dunia bagi mereka ibarat sampah yang terbuang! Seperti bangkai, hanya anjing2 sahaja yang mahu memakan bangkai dengan lahapnya! Nikmat dunia diambil setakat yang perlu sahaja untuk meneruskan kehidupan manakala yang selebihnya dipulangkan kepada Allah dan bukannya untuk disimpan sampai mati. Mati mereka pun tidak punyai apa2 harta apatah lagi untuk diwarisi kepada anak dan isteri! Kesemuanya diserah pada Tuhan.

Begitulah hasil didikan Rasulullah selama 13 tahun! Kearah mencintai Tuhan yang SATU! Lebih dari itu selama 10 tahun barulah Rasululah dan sahabat2nya melakukan berbagai tugas kearah menegakkan syariat Illahi. Seperti solat, zakat, haji, berpakaian serta menegakkan hukum hudud!

Maknanya Rasululah mendidik IMAN dahulu. Bila hati dah beriman dan TAKUT pada Allah barulah perlaksanaan syariat Illahi dapat berjalan dengan lancar!

Bila iman dah tersemat dihati umat Islam, mereka akan lakukan apa jua untuk membuktikan kecintaan pada Illahi. Seperti bersolat, menunaikan haji, berniaga, pendidikan dan lain-lain lagi termasuk dalam soal berpakaian. Dan cara berpakaian terutamanya pada wanita dengan memakai tudung yang menampilkan imej bagi umat Islam dan membezakan mereka dengan orang yang bukan Islam!

Tetapi agak malang jika sebahagian dari umat Islam yang berpakaian seperti menutup aurat tetapi masih lagi melakukan perkara2 mungkar. Disini mereka hanya berpakaian seperti fesyen atau kebiasaan bagi umat Islam dan bukan atas dasar TAKUT dan CINTA pada Tuhan!

Saya ada membaca berberapa artikel di yahoogroups yang lain, bagaimana seorang pembaca marah dengan sebuah tulisan yang mempersoalkan apa gunanya sesorang wanita itu memakai tudung tetapi masih lagi melakukan kerja2 mungkar seperti berkepit dengan teman lelaki dan sebagainya. Lebih baik tidak perlu dipakai tudung!


Malahan pembaca tersebut menyuruh penulis mengucap kembali 2 kalimah syahadah! Kerana katanya memperlekehkan syariat Tuhan yang menyuruh kaum wanita menutup aurat!

Bagi saya ada benarnya juga dakwaan penulis yang mengatakan wanita yang bertudung tetapi masih lagi melakukan kerja mungkar lebih baik tidak bertudung . Tulisan tersebut patut dilihat disebalik mesej yang hendak disampaikan. Ibarat membubuh baja pada sebuah pokok tetapi pada waktu yang sama membubuh racun pada pokok tersebut. Masakan pokok tersebut dapat hidup dengan subur malahan mungkin terkulai layu!

Apa pendapat anda jika dikatakan pada Ustaz yang mendidik masyarakat tetapi pada waktu yang lain kena tangkap khalwat atau merogol anak muridnya? Atau individu yang pergi ke Mekah tetapi bila pulang , perangai tidak berubah malahan makin teruk lagik? Atau tokoh koporat yang membayar zakat tetapi kemudian timbul berita beliau menerima atau memberi rasuah untuk menambah harta kekayaan?

Atau individu yang mengucapkan 2 kalimah syahadah tetapi kerap berkunjung ke kuil atau gereja. Atau mereka yang berpuasa tetapi waktu berbuka ibarat menikmati santapan ala diraja sampai perbelanjaannya untuk berbuka puasa melebihi berkali-kali ganda dari waktu tidak berpuasa! Atau seperti seorang wanita yang berpakaian muslimin tetapi bersifat Queen Control pada suami, pisau cukur pada kaum lelaki dan meninggalkan solat bukan sahaja pada masa 'bercuti' malahan termasuk juga pada masa yang sihat yakni "tidak bercuti"!

Apakah terbatal syahadah mereka jika dikatakan lebih baik tidak bersolat, tidak mengerjakan haji, tidak membayar zakat atau tidak memakai tudung jika masih lagi melakukan berbagai-bagai kemungkaran?

Inilah akibat lebih menekankan syariat Allah lebih dari Mencintai Tuhan Yang Maha Esa! Akibatnya perlaksanaan syariat itu pincang. Malahan jangan marah jika dikatakan mereka yang melaksanakan syariat tersebut ibarat bangkai yang bernyawa seperti penagih dadah atau mungkin lebih teruk lagi. Terpulang pada tafsiran masing2! Kerana apa yang mereka lakukan bagi memenuhi syariat bukan atas dasar Takut dan cinta pada Tuhan! Tetapi sekadar memenuhi isu dan suasana semasa!

Jika penagih dadah ibarat insan yang tidak beragama apakah mereka yang mengamalkan syariat tidak bersifat demikian? Jadi harap direnungi kembali dakwaan lebih baik tidak bertudung daripada bertudung tetapi masih bergelombang dengan melakukan maksiat!

Sepatutnya mereka yang dinasihati dapat bermuhasabah diri dengan rasa rendah diri dengan memahami maksud yang tersirat. Dan bukan sepatutnya melenting bagi mengeruhkan lagi suasana. Lebih baik jika dikatakan , Ya Allah aku jua yang bersalah, ampunilah segala dosa2 ku, sesungguhnya taufik dan hidayah datang dari MU jua . Bantulah daku dalam menyelesaikan masalah ini. Pada Mu jua sebaik2 Petunjuk dan Pada Mu jua sebaik2 kalan Penyelesaian.

Dan bukannya dengan cara menghukum dan melabelkan orang lain. Kalau inilah sikap kita , sampai kiamat tiada jalan penyelesaian dan apatah lagi untuk menarik minat insan lain pada agama Islam. Kerana Islam dianggap sebagai agama yang menghukum dan bukannya agama yang selari dengan fitrah manusia yang Cintakan pada Tuhan dan berkasih sayang sesama manusia.

Wallahualam.

Tiada ulasan: