Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 20 November 2006

RENUNGAN BERSAMA : PESAN RASULULLAH: NABI TIDAK SUKA TIDUR SEBELUM ISYAK

DARIPADA Abu Barzah al-Islam, katanya: "Rasulullah SAW telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami kembali ke tempat kediamannya di pinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda suka mentakhirkan sembahyang Isyak dan Baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang Subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk di sebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

1.Seseorang hendaklah menyegerakan solat Asar pada awal waktunya.

2.Sunat mengakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 daripada malam sekiranya tidak memberatkan solat secara berseorangan atau berjemaah.

3.Makruh seseorang tidur sebelum solat Isyak kerana takut terlupa atau terlewat daripada waktu.

4.Seseorang hendaklah segera menunaikan solat Subuh dan keluar dari masjid selepas terang.

5.Selepas selesai solat Subuh Rasulullah SAW membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.

Tiada ulasan: