Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 17 Januari 2007

APABILA BA BOIKOT PILIHANRAYA BATU TALAM....

OLEH : BUDI

Umum telah mengetahui bahawa PAS,PKR dan beberapa NGO telah sepakat untuk memulaukan pilihanraya kecil N-06 Batu Talam, 28 hb januari nanti.Alasan dan hujah yang diberikan memang tepat sebagai pengajaran bagi kerajaan BN dan kompenennya yang ke 14, SPR.

Timbalan Presiden Pas - Ustaz Nasarudin Md Isa didalam ceramahnya di Merlimau baru-baru ini menegaskan bahawa "tindakan keras yang dibuat oleh gabungan pembangkang dan NGO ini adalah sebagai amaran dan tapak permulaan bagi melihat landkap politik di Malaysia berubah." Saya tidak berniat mengupas apa juga alasan yang diberikan. Sebagai ahli yang telah mendapat tarbiyah , keputusan pimpinan sentiasa ditaati. Hatta jika pimpinan membuat keputusan bertanding sekali pun kami bersedia untuk membantu.

Dan seperti yang telah dijangkakan keluarlah pelbagai anggapan dan tuduhan dari pimpinan UMNO juga wartawan upahan mereka. Ada sindiran dan ada juga yang menzahirkan lawan sifat pandai mereka. Saya cuba menjawab dan menyimpulkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (13 Jan 2007) didalam kolum "Pada Hemat saya".

1.Persoalan "PAS tiada peluang untuk menang". Saya ingin katakan dalam politik apa-apa pun boleh berlaku sebagai contoh di Lunas - Kedah. Tidak ada istilah kawasan selamat bagi mana mana parti politik kerana rakyat semakin peka dan bermaklumat. Sebab itu PAS bertanding juga di Sabah dan Serawak.

2."SPR menjalankan tugas dengan jujur". Pada hemat saya inilah satu-satunya wartawan Utusan Malaysia yang tidak membaca Utusan Malaysia. Sila rujuk (Utusan Malaysia-8 Jan 07) kenyataan pengerusi SPR.

3."Dakwaan DAP tidak protes proses pilihanraya". Saya akui dan dimaklumkan, DAP tidak terlibat dalam boikot ini namun bukan bermakna DAP mengakui proses pilihanraya ini benar bersih. Telah beberapa kali juga DAP mengadakan perbincangan dengan SPR (tidak dilaporkan dalam Utusan Malaysia) dan DAP juga pernah menyokong kaedah mencelup jari dengan dakwat bagi mengelakan pengundian lebih dari sekali.

Kesimpulannya, pada hemat saya tak perlulah UMNO bersusah hati dengan tindakan boikot ini. Sebagai contoh orang yang tak mencuri, tak perlu takut dengan polis. Begitupun projek dan bantuan segera untuk penduduk Batu Talam hendaklah diteruskan. Kain batik dan kain pelikat serahkan pada yang berhak. Anak angkat puteri jangan diusung sana kemari. Ada juga pemimpin UMNO Pahang yang berkata tindakan boikot ini sebagai "potong stim".!!! Yang jelas UMNO memang "stim" dengan pilihanraya.Jangan lepaskan "stim" itu.

Tiada ulasan: