Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 16 Januari 2007

MAJLIS DAERAH JASIN JADI PERBANDARAN...

OLEH : BUDI

Bermula 1hb Januari 2007, Majlis Daerah Jasin (MDJ) telah dinaikan taraf menjadi Majlis Perbandaran. Upacara pengistiharannya akan disempurnakan oleh mantan setiausaha agong UMNO yang kini bergelar Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Mohd Khalil Yaakob. Tarikh asal perasmian pada 15 hb Januari 2007 telah dipinda kepada 17hb Januari kerana meraikan pemergian Ketua Menteri ke Batu Talam untuk berkempen memastikan kemenangan besar BN.

Pekan Jasin yang pernah ditenggelami banjir baru - baru ini telah ditukarkan wajah sesuai dengan taraf barunya. Pasar dan kedai perniagaan diberi peruntukan khas untuk dicat semula. Begitu juga longkang dan landskap taman dibersih dan dihias. Suasana malamnya gemerlapan dengan lampu yang berwarna-warni.Semuanya seakan baru kecuali pintu tandas awam dipasar Jasin yang tak sempat dipasang selak.

Semua kontraktor diarah menjalankan kerja kerja tersebut. Ramai yang hairan dan bertanya, kenapa kerja-kerja persiapan ini dijalankan dalam masa yang agak suntuk. Suasana di Jasin seakan kelam kabut tambahan pula musim hujan yang tidak henti-henti.Banyak kerja yang mungkin tidak dapat disiapkan dan ada juga yang rugi. Dari apa yang saya saksikan persiapan ini, seolah olah tidak ada perancangan yang baik dan terburu-buru.

Penaiktarafan MDJ kepada perbandaran seharusnya dibanggakan. Namun tidak ada nilainya disisi warga Jasin kiranya perkhidmatan yang diberikan sama seperti sebelumnya. Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizad Bin Abdullah, "jangan jadikan penaiktarafan ini sebagai alasan untuk menaikan cukai pintu, parking, lesen perniagaan dan sebagainya. Rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan taraf hidup yang meningkat."

Tambah beliau lagi, "PAS mengucapkankan tahniah kepada MDJ yang dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dan mengharapkan jalinan kerjasama dapat dieratkan dari semasa kesemasa."

Tiada ulasan: