Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 30 Januari 2007

BAGAIMANA JIKALAU PAS BOIKOT PILIHANRAYA UMUM ?????

OLEH : BUDI

Isu pemulauan pilihanraya kecil Batu Talam oleh PAS dan beberapa rakan dalam BA memang telah diketahui umum. Namun Barisan Nasional agak bernasib baik dipusingan pertama ini apabila ada "budak kecil" tampil menyelamatkannya dari menerima malu. Samada budak itu ditaja atau tidak, bukan persoalannya. Yang jelas pada pandangan saya, BN cukup gembira dengan pertandingan itu walaupun jelas tidak seimbang.

Apa pun, Barisan Nasional yang mewakilkan UMNO untuk menentang "budak kecil" itu terus juga menggiatkan kempen. Ramai hulubalang telah pun turun kegelanggang dengan membawa senjata projek pembangunan dan bantuan segera. Cuma penghulunya saja yang belum turun dan nampak seperti kurang berminat. Dan satu yang agak janggal pada kempen pilihanraya kali ini ialah apabila tiada (atau belum ada) majlis penyerahan borang memasuki UMNO. Rasanya tidak sempurna kempen UMNO jikalau tiada majlis seumpama itu. Biarkanlah si UMNO terjun dengan labunya.

Dari apa yang saya perhatikan rupanya UMNO cukup cemas dan panik dengan tindakan boikot ini. Komen yang mereka berikan sekadar menyedapkan hati penyokong mereka. Hakikatnya masih ada yang tak berani membuka mulut atau lebih berhati hati apabila mengulas. Bagi penyokong UMNO yang "buta politik", sekarang mula nampak dan faham kenapa pembangkang bertindak sedemikian. Itulah orang melayu, perlu diasak kuat untuk menyedarkannya. Pada pusingan ini saya melihat PAS telah berjaya.

Bagaimana pula dengan pilihanraya umum? Naib presiden PAS - Dato' Husam Musa pernah membayangkan kemungkinan boikot juga akan dilakukan. Terserahlah kepada pimpinan membuat keputusan. Yang pasti muktamar PAS disemua peringkat kali ini akan "panas" dengan isu pemboikotan ini.

Namun pada hemat saya, adalah wajar kiranya PAS memboikot pilihanraya umum selagi tuntutan pembersihan SPR tidak dilayan. Kita semakin letih mengikut kerenah mereka. Menyertai pilihanraya bermakna kita rela ditipu dan merelakan mereka menipu. Biarlah kita tawakuf sementara kerana inilah satu jalan untuk mengajar mereka.

Tiada ulasan: