Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Februari 2007

MENUNGGU 'ILHAM' DARI PAK LAH.......

OLEH : BUDI
"Belum dapat ilham". Itulah jawaban pendek dari Pak Lah, apabila ditanya tentang tarikh pilihanraya umum. Istimewanya jawapan itu adalah kerana hanya dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia sahaja. Hampir semua negara yang mengamalkan demokrasi samada negara maju, sedang membangun atau mundur telah menetapkan tarikh pilihanraya mereka masing - masing.

Togo dan Zimbabwe dua Negara dari Afrika akan mengadakan pilihanraya pertengahan tahun ini. Begitu juga beberapa Negara di Asia Tengah yang telah lebih awal mendapat ilham untuk mengadakan pilihanraya.

Sama ada Pak Lah mendapat ilham atau masih menunggu jentera BN (termasuk SPR) cukup bersedia, pilihanraya tetap juga akan diadakan bila sampai tempohnya. Menjadi kelaziman BN akan mengadakan pilihanraya sebelum cukup tempoh atau penggal yang ditetapkan.

Namun bahangnya semakin terasa. Kenyataan dari MB Negeri Sembilan minggu lepas dan ingatan dari Rafidah Aziz cukup untuk menggambarkan ilham yang akan singgah dikepala Pak lah. Manakala UMNO diperingkat cawangan terutamanya "cawangan Kemas" telah mula sibuk menggerakan jentera mereka.

Persoalannya bila ilham itu akan datang? Ramai yang membuat ramalan penghujung tahun ini. Saya bersetuju dengan ramalan itu. Yang pastinya UMNO akan mengambil kesempatan dari semangat kemerdekaan ke 50 untuk menarik simpati pada perjuangan mereka. Lihat sahajalah bagaimana saban hari TV memainkan apa sahaja cerita berkaitan kemerdekaan. Kalau dulu kita diperkenalkan dengan "bulan kemerdekaan" tetapi sekarang kita ada "tahun kemerdekaan". Bukankah ini satu propaganda atau kempen halus yang direncanakan.

Pada hemat saya, pembangkang memiliki peluang yang agak baik pada pilihanraya umum akan datang. Banyak isu yang jika digarab dengan baik akan memberi masaalah besar pada pihak BN dan UMNO khususnya.Usaha PAS, Keadailan dan beberapa NGO memeboikot pilihanraya sangat kena pada masanya.Pun begitu tindakan susulan perlu digiatkan lagi. Tak cukup sekadar mengadakan "road shaw" malahan desakan yang lebih keras perlu dilakukan bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih dari sebarang penipuan.

Masanya semakin suntuk. Apakah tindakan seterusnya yang mampu kita lakukan bagi melihat segala tuntutan dipenuhi SPR. Atau kita telah bersedia dan merelakan dipatuk ular pada lubang yang sama buat seterus kalinya?

Tiada ulasan: