Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 12 April 2007

MACHAP: UMNO DIPERBODOHKAN MCA

OLEH : TG KUDIN


MACHAP, 10 April - Hampir seminggu tempoh berkempen kita boleh melihat bagaimana ghairah dan rakusnya Umno berkempen bagi memenangkan calon MCA iaitu Lai Meng Chong, yang menentang calon dari DAP Liau Chen Kuang.

Umno dan seluruh parti komponennya telah mengerahkan jentera kerajaan membantu kempen BN seperti Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan, Tenaga Nasional dan RTM.

Di seluruh DUN Machap amat sukar untuk melihat bendera MCA lebih - lebih lagi di kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Melayu seperti di Felda Bukit Bulat, Felda Menggong dan Melaka Pindah, ini yang pelik bin ajaib kerana hampir seluruh kawasan pilihanraya ini dipenuhi bendera Umno, Puteri Umno, Putera Umno dan BN.


Umno terdiri daripada pemuda, puteri dan wanitanya sibuk berhempas-pulas merayu undi dari rumah ke rumah, ada yang meninggalkan suami, isteri dan anak di sepanjang tempoh berkempen ini namun hampir tidak kelihatan langsung kelibat ahli MCA bersama - sama membantu kempen pilihanraya.

Pelajar perempuan IPTA dilihat bergerak mengikut arahan dari Puteri Umno dan pelajar lelaki diselia oleh Pemuda Umno dan bertugas untuk Putera Umno serta dipantau oleh KPT yang terdiri dari TNC serta HEP IPTA.

TNC yang terdiri dari professor dan doktor ini rela diri mereka dicucuk hidung dan dikeldaikan oleh Umno kerana telah hilangnya maruah serta harga diri, mereka rela menerima arahan Jkkk yang hanya berkelulusan setakat darjah enam sahaja.

Program kerajaan negeri pun banyak jadi kelam - kabut kerana dilakukan di saat akhir sehinggakan ada pegawai kerajaan negeri melarang kakitangan bawahannya menunaikan solat kerana ingin menunggu ketibaan Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang tak kunjung tiba.

Sungguh mengaibkan kerajaan Islam Hadhari tidak membenarkan solat hanya untuk menunggu ketibaan Ketua Menteri, pegawai itu perlu disiasat dan diambil tindakan bagi membersihkan nama Ketua Menteri.

Difahamkan pegawai itu yang dikenali sebagai encik Rashid bertugas di bahagian perumahan di negeri Melaka selalu melarang kakitangan bawahannya untuk menunaikan solat dan kejadian ini telah berlarutan sekian lama tanpa diambil sebarang tindakan.

Tiada ulasan: