Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 15 April 2007

PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PASTI KAWASAN JASIN

OLEH : Tg Kudin





JASIN, 9 Apr – Satu pertandingan bolasepak dan bolajaring Pasti kawasan Jasin telah diadakan pada 8 april lalu bertempat di padang surau Azzawiyah kg Berangan Enam.

Sebanyak 7 buah Pasti yang mengambil bahagian, mereka terdiri dari murid yang berumur 5 dan 6 tahun dan setiap Pasti menghantar 1 pasukan untuk bolasepak serta 1 pasukan untuk bolajaring.

Majlis dimulakan dengan perbarisan murid Pasti disertai bacaan ikrar Pasti yang diketuai Ketua Pemuda PAS kawasan Jasin, Aminudin Jalil, selepas itu pertandingan bermula yang dijalankan secara liga dan kalah mati diperingkat separuh akhir serta akhir.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek yang dalam ucapannya mengalukan keprihatinan ibubapa memberi kepercayaan kepada Pasti mendidik anak-anak mereka walaupun Pasti telah dilemparkan dengan pelbagai fitnah.


"Pasti adalah diwujudkan bagi menerapkan asaa-asas Islam ke dalam jiwa anak-anak kita seawal usia lagi sebagaimana yang dituntut oleh Islam' jadi tiada sebab Umno untuk menganggu serta menghalang usaha murni ini," jelas beliau.

Pasti Nurul Iman dari Simpang Kemendor Jasin telah menjadi johan bagi bolasepak mengalahkan Pasti Al Ikram manakala Pasti Al Amin menjadi johan bolajaring juga mengalahkan Al Ikram dan johan keseluruhan dimenangi Pasti Al Ikram.

Tiada ulasan: