Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 15 Mei 2007

KHAIRY SAMSENG KAMPUNG IJOK

OLEH : TG KUDIN

Ijok - Pelbagai kisah suka-duka telah terangkum dan terpahat didalam ingatan rakyat Malaysia setelah berakhirnya pilihanraya kecil Ijok yang menyaksikan pertarungan secara terbuka di kedua-dua belah pihak iaitu Barisan Nasional dan KeADILan.

Namun persoalannya apakah tahap perjalanan demokrasi di Malaysia sudah memasuki satu tahap baru atau juga berkemungkinan besar berundur kebelakang seperti di alam purba dahulukala yang menguna pakai undang-undang rimba di mana yang kuat menjadi raja berkuasa sementara rakyat lemah ditindas serta dinafikan haknya oleh pemerintah.

Ijok menyaksikan seluruh jentera kerajaan dilacurkan demi memanfaatkan erti kebebasan demokrasi bagi pihak kerajaan yang dengan angkuh dan rakusnya tanpa segan-silu secara terang-terangan memaksa rakyat menerima demokrasi ala Malaysia Hadhari.

Pihak keselamatan khususnya polis seolah tidak mampu menimbang secara waras bertindak melulu serta menganggap kepada parti yang menentang BN seperti kucing kurap dan tidak mempunyai nilai atau harga langsung seumpama musuh nombor satu negara.

Bermula dari hari penamaan calun lagi kekecohan seolah telah dirancangkan, polis seperti memberi isyarat kepada samseng Umno untuk melakukan provokasi dengan membiarkan kawalan keselamatan yang longgar ketika perarakan penamaan calun diadakan.

Nyaris sahaja calun KeADILan gagal memasuki bilik penamaan calun pada hari tersebut kerana cuba dihalang oleh samseng Umno namun disebabkan kekentalan semangat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berserta pimpinan lain dan penyokongnya, beliau berjaya melepasi ujian yang begitu mencabar itu.

KHAIRY SAMSENG

Pilihanraya ini juga menyaksikan adegan membaling botol dan kayu bendera diketuai ketua samseng Umno Khairy Jamaludin berterbangan di antara ke dua-dua belah pihak dan polis seolah hilang kawalan pada hari itu yang berkemungkinan besar boleh menyebabkan berlakunya korban nyawa.

Ketika kempen pilihanraya dijalankan beberapa siri ceramah KeADILan telah diganggu oleh polis yang bersekongkol dengan BN kerana berasa tergugat dengan pelbagai isu diutarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis juga telah dibuat berikutan tindakan samseng Umno membelasah petugas PAS dari Hulu Langat yang turut sama membantu gerak-kerja BA di Ijok, menyebabkan dua dari mereka pengsan dan terlantar di hospital.

Sebelum itu dua orang wartawan bebas yang mengiringi Tan Sri Abdul Khalid telah diserang dengan menggunakan botol air menyebabkan cermin matanya pecah dan hampir buta serta mengakibatkan kecederaan teruk di matanya.

Pemandangan pada hari pengundian begitu memualkan apabila terlihat gelagat penyokong Umno berkelakuan biadap tidak bermaruah mengejek parti lawan sambil menunjukkan punggung mereka, tidak ketinggalan kelibat Khairy yang menyebabkan hampir semua tempat pengundian menjadi kecoh dengan aksi samsengnya.

Samseng Umno yang memakai baju hitam berlambangkan kala jengking dilihat mundar-mandir di tempat pembuangan undi dalam usaha menakut-nakutkan petugas KeADILan, mereka langsung tidak menghormati arahan polis kerana yakin polis pasti menyebelahi jika sekiranya berlaku sesuatu perkara ke atas mereka.

Di depan balai polis SImpang Ijok pula Khairy berlagak dengan angkuh dan sombong tidak memperdulikan arahan polis supaya beredar sedangkan orang lain dihalau secara kasar oleh pihak polis kerana beliau ingin polis membebaskan segera dua buah bas disyaki membawa pengundi hantu dari Perlis yang telah diserahkan petugas KeADILan kepada polis.

"Saya tidak akan berganjak dari sini sehingga dua buah bas yang ditahan ini dilepaskan," kata Khairy dengan angkuh tanpa memperdulikan arahan dari polis ketika ditanya oleh wartawan.

Suasana di situ seperti berada di medan perang dikelilingi FRU, PGA dan Polis yang membuatkan keadaan menjadi kelam-kabut seolah orang ramai mengadakan rusuhan sedangkan sebelum ketibaan pihak keselamatan suasana tenang dan terkawal tanpa sebarang provokasi.

Sementara dua buah helikopter milik PDRM dilihat berlegar di ruang udara Simpang Ijok bagi menambahkan lagi kekecohan dan keributan di tempat tersebut, ini merupakan perancangan polis untuk mewujudkan suasana tegang atau panik di kalangan orang ramai.


Dalam kekecohan tersebut ada maklumat mengatakan bahawa SPR ingin menambah masa pengundian sebanyak setengah jam lagi, ini terus dibantah oleh petugas parti KeADILan menyebabkan SPR terpaksa mengalah.

Lebih kurang pada pukul 8.00 malam dua buah bas yang disyaki itu telah dilepaskan manakala Ezam dan teman-temannya disoal-siasat serta bakal berdepan dengan tindakan undang-undang ke atas mereka.

Modus Operandi sebenar mereka ialah ingin memerangkap KeADILan supaya masuk ke dalam perancangan mereka bagi membuktikan kepada rakyat bahawa KeADILan adalah parti yang suka bertindak ganas dan merusuh.

Dan ini berkemungkinan besar didalangi oleh Khairy yang begitu bersungguh-sungguh membebaskan ke dua-dua buah bas tersebut sebab jikalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang dan masakan tempua bersarang rendah kalau tiada apa-apa kaitan antara mereka.

Tanpa mengendahkan jeritan orang ramai Khairy samseng, Khairy bodoh, dia dilihat membuat panggilan telefon bertalu-talu kepada seseorang dalam usahanya untuk membebaskan bas tersebut.

Gelombang atau aura Khairy di Ijok ini merupakan wajah sebenar beliau yang selama ini cuba diselindungkan bagi mengaburi mata rakyat Malaysia, baginya rakyat tiada nilai dan dengan mudah boleh dibeli atau diperbodohkan.

Kehadiran Khairy sebenarnya mengundang pelbagai masalah kepada negara yang sudah sedia bermasalah ini, beliau pernah memainkan sentimen perkauman untuk kelansungan politiknya dan jika tiada usaha bagi membendung gelombang ini dikhuatiri menjadi malapetaka terbesar di Malaysia abad ini.

Tiada ulasan: