OLEH : TG KUDIN
JASIN, 27 April - Kesultanan Islam Melayu Melaka pada masa kegemilangannya dulu pernah menegakkan syariat Islam dalam sistem pemerintahan dan menjadi pusat penyebaran Islam di nusantara.
Melaka menjadi sebuah empayar yang besar meliputi hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Kampar, Siak, Inderagiri dan Rokan di Sumatera serta kekayaan yang melimpah-ruah hasil daripada kepesatan perdagangan yang dijalankan di Melaka.
Menurut Presiden Pas, Dato' seri Abdul Hadi Awang, peranan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam ini telah menyebabkan pihak barat yang diketuai Portugis menyerang dan menakluk Melaka pada 1511.
Tambah beliau lagi, tujuan utama mereka ialah untuk menghalang perkembangan Islam dan ingin menyebarkan agama Kristian di nusantara ini.
"Tahun 1511 inilah bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajah bukannya pada tahun 1946 seperti yang dicanangkan oleh Umno bahawa merekalah yang mula-mula berjuang menentang penjajah dan pemesongan fakta inilah yang cuba ditanamkan ke dalam pemikiran generasi baru," tegas beliau.
"Selepas kejatuhan Melaka itu para pejuang umat Islam dari Acheh, Jawa, Bugis, Minang, Banjar dan dari seluruh nusantara telah datang beramai-ramai bagi merampas kembali dari penjajah.
"Bukannya mereka datang berhijrah ke sini untuk tanam pokok kelapa, ini fakta sebenarnya iaitu mereka berjuang bermati-matian dan ramai yang syahid dalam usaha mempertahankan pemerintahan Kerajaan Melayu Islam," tegasnya.
Beliau menambah, apabila penjajah merasakan hari-hari terakhir bagi mereka hampir tiba lalu diatur dan dirancangkan suatu kemerdekaan yang pemerintahannya mesti dipimpin oleh rakyat tempatan mempunyai fikrah atau ideologi seperti penjajah.
Mengulas mengenainya, beliau berkata ini bagi meneruskan dasar-dasar penjajah serta kepentingan mereka dari digangu-gugat dan jangan sekali memberikan kuasa pemerintahan ini kepada kumpulan Islam.
Sambungnya lagi, ulama mesti dihalang dari berpolitik, Islam tidak berdaulat, tidak memerintah dan Islam Hadhari penipu kerana menghayalkan orang Islam lantas meninggalkan aqidah serta akhlak hanya untuk mendapatkan tamadun.
Seterusnya ujar Dato' Seri, Umno adalah ancaman kepada negara yang paling bahaya dan mereka dilindungi oleh kuasa barat yang menentang Islam, oleh itu marilah kita lakukan perubahan dalam negara bagi kesejahteraan hidup bersama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan