Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 4 Jun 2007

ADIK KEPADA NOH OMAR (TIMBALAN MENTERI PELAJARAN) EDAR DADAH.....

Dulu menteri ni gak yg kecoh pasal ditangkap kat rumah urut.... Skang ni adik plak mengedar dadah (bukan hisap lg dah).. Ape hal nih? Siapa yg mengundi menteri ni dulu, fikir2kanlah.... Ni pon termaktub dlm Akta Hukum Bunuh Sampai Mati... Tp kalau bahan bukti tu sok tuptup hilang, SELAMATlah dia di donia...

dari Utusan Malaysia:
KUALA LUMPUR 3 Jun ?Datuk Noh Omar hari ini menegaskan dakwaan terhadap adiknya di mahkamah kerana disyaki mengedar dadah tidak akan menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

Beliau berkata, kes itu adalah melibatkan mahkamah dan tidak berkaitan dengan kementeriannya.

荘Ini tak ada kena mengena, ini kes mahkamah, tak ada (jejas imej),?tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan ibu pejabat baru Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Sentul di sini, hari ini.

Beliau mengulas kes adiknya, Mohd. Jusnaidi Omar, 36, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kelmarin atas tuduhan mengedar ganja dan syabu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai penyelaras projek, didakwa mengedar 1,088 gram ganja di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dia turut dituduh memiliki tujuh peket syabu seberat 35 gram di bawah Seksyen 12(2) dibacakan bersama 39A(r) yang kedua-duanya di bawah akta yang sama.

Seksyen 39B(1)(c)ADB memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, manakala Seksyen 12(2) membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan sebatan 10 kali.

Sementara itu, isteri Mohd. Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar, 31, suri rumah, dituduh mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di bawah Seksyen 5(1) akta yang sama.

Tiada ulasan: