PETALING JAYA: Lima pertubuhan wanita menyokong pandangan seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang memberi pandangan berbeza dalam kes rayuan Lina Joy, yang menuntut perkataan "Islam" digugurkan daripada kad pengenalannya.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum menyokong rayuan wanita itu, nama asalnya Azlina Jailani, sementara Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan seorang lagi hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Mohd Sherif menolak.
Dalam hujahnya semalam, Malanjum membangkitkan beberapa isu dasar menafsirkan prosedur badan kerajaan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berpendapat semua undang-undang pentadbiran, jabatan, budi bicara, dasar dan keputusan pihak eksekutif mestilah berpandukan Perlembagaan, manakala kedudukan mahkamah sivil lebih sesuai untuk menafsirkan isu-isu berbangkit dalam Perlembagaan.
Malanjum juga berhujah, Perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan tidak wajar dijadikan alasan untuk mahkamah sivil mengelak daripada membahaskan isu-isu tersebut dan hak kebebasan asas.
Perkara 121 (1A), yang menjadi satu isu kontroversi, menyebut mahkamah sivil tidak mempunyai kelayakan untuk menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
Kelima-lima organisasi wanita itu menghantar wakil sebagai peguam pemerhati dalam kes Lina Joy.
Dalam suratnya kepada media yang dikeluarkan hari ini, All Women’s Action Society (AWAM), Sisters in Islam (SIS), Women’s Aid Organisation (WAO), Women’s Centre for Change (WCC) dan Women’s Development Collective (WDC) turut merakamkan rasa kecewa dengan keputusan majoriti 2-1 semalam.
Mahkamah berkenaan semalam telah menolak rayuan Lina Joy untuk menggugurkan "Islam" daripada kad pengenalannya selepas beliau bertukar agama kepada Kristian sejak 1998.
Pertubuhan-pertubuhan itu juga berkata, keengganan mahkamah untuk mengiktiraf hak Lina Joy adalah satu pencabulan ke atas hak wanita untuk mendapatkan kesaksamaan tanpa diskriminasi seperti termaktub dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.
"Kami amat prihatin dengan implikasi keputusan berkenaan ke atas mana-mana individu, seperti Lina Joy, yang tidak lagi mengamalkan ajaran Islam," surat itu dipetik.

P/S : inilah jadinya jika pegangan agama di tolak tepi. Seperti yang kita ketahui bahawa pertubuhan SIS ini rata2 terdiri daripada anak2 pimpinan UMNO. Golongan sebegini patut dihancurkan kerana merekalah golongan yang bakal memecah belahkan umat Islam di Malaysia ini. alangkah celakanya gerakan ini..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan