Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh Dan Yang Berpesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Kesabaran. -Surah al-asr
Jalan sesak menuju ke Stadium Indera Mulia, parking dikatakanpenuh dan ada yang terpaksa mengheret ahli keluarga berjalan hampir1km semata tak mahu ketinggalan ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3.Bagi mereka persetankan kenyataan Mufti Perak Datuk Seri HarussaniZakaria dan Majlis Mufti-Mufti yang telah mengharamkan Sure Heboh yang kini Jom Heboh.
Berikut adalah perbualan semasa minum pg dengan sahabat yang hadir ke Jom Heboh di Stadium Indera Mulia.
mrcoconut :
Hangpa pi jom heboh ?
yop heboh :
Aku pi, hang tak pi ke, rugi macam-macam adaaa. swiss roll era fazira pun sedaaap.
mrcoconut :
Aku tak pi, pasal harussani kata haram!
yop heboh :
ehhhh.. habih, kalau pi kenapa ? bukan pi tengok konsert, round pameran saja, itu pun tak bolehke?
mrcoconut :
setahu aku dah mufti kata haram tu, haram lah!
yop heboh :
ehh.. pandai-pandai lah ngkau!
mrcoconut :
Itu lah sebab aku tak teringin nak kesana
yop heboh :
Habis ramai orang pegi? pak aji pun ada!
mrcoconut :
macam ni lah. ayam yg sembelih tu halal makan tak?
yop heboh :
halal lah dah sembelih boleh makan
mrcoconut :
ok, ayam sembelih halal makan, tapi halal takayam sembelih tu kalau letak satu freezer dengan babi?
yop heboh :
??Q!?/...
mrcoconut :
halal ke haram?
yop heboh :
Haramlah tapi itu ayam, ini jom heboh
mrcoconut :
Ok, masa hang kat sana, hang perasan tak keadaan sekeliling hang, kiri kanan, depan belakang hang yg bersesak-sesak semua tu.. bangsa apa? melayu, cina, india,jerman?
yop heboh :
a'aa laa, Melayu
mrcoconut :
haaa.. kalau jom heboh tu tempat yg elok untukbawak anak bini jalan, beli belah, tengok pameran, mengapa bangsa yg maju seperti Cina yg kaya, banyak
duit tak pi beli belah kat sana, mengapa tak ramai bangsa lain yang kesana, mengapa bangsa melayu saja yang ramai hadir?
yop heboh :
?Q!@$&*..
mrcoconut :
Sebab orang melayu leka, suka berhibur, tak tahu membezakan baik buruk suatu perkara pasal tu lah Mufti dah kata haram pun pakat pi jugak.
yop heboh :
Jadi haramlah aku pi sana?
mrcoconut :
Macam hang kata tadilah, ayam sembelih kalau letak satu freezer dengan babi tetap haram walaupun hang beli balik masak ayam tu saja.Pasal letaknya ayam tu bersama babi-babi yang haram!
yop heboh :
senyum kambing.
"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu... " Surah Al-Maaidah, ayat 100.
Pada 30 Julai 2004 Majlis Mufti-Mufti telah memutuskan mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert berkenaan adalah juga Haram. Menariknya ramai yang hadir ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3 memberi alasan kenyataan Mufti hanya haramkan konsert dan ramai yang hadir memberi alasan seperti sekadar berkunjung ke gerai-gerai pameran dan membeli belah mana yang patut. Begitulah asam garam manusia berdolak dalik semata memenuhi desakan nafsu. Kita letak ketepi dahulu bab hukum tetapi apa yang kita mahu nyatakan di sini adalah pengunjung yang membanjiri karnival Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang.
Kalau diperhatikan sekalian yang hadir membanjiri karnival Jom Heboh berkenaan yang di adakan secara road show majoriti yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Dari muda-mudinya, yang berkeluarga hinggakan pak aji dan mak aji pun hadir sama. Kita boleh lihat sendiri di kaca tv pada malam konsert utama baik Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang hampir kesemua yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Persoalannya mengapakah hanya bangsa Melayu yang hadir ke karnival Jom Heboh ? dimanakah bangsa Cina dan Indiaumpamanya.
Jika persoalan hadir semata berkunjung, melawat ke gerai pameran, mengapa bangsa yang memiliki kuasa beli yang tinggi seperti bangsa Cina hampir tidak kelihatan di karnival berkenaan. Jika karnival Jom Heboh tempat yang baik untuk beli belah dan bawa anak bersantai mengapa bangsa yang boleh kita katakan lebih maju dari Melayu seperti Cina hanya sebilangan kecil yang kita nampak mengunjungi karnival berkenaan. Di malam konsert utama misalnya padangpersembahan penuh dengan pasangan melayu dan ada yang tanpa segan silu berpelukan malah dengan aksi-aksi menjurus ke jalan zina. Pengunjung bercampur lelaki perempuan, yang tua dan muda, yang berkeluarga dan berpasangan tetapi kebanyakannya bangsa Melayu. Dimana bangsa lain dan mengapa mereka tidak terhegeh-hegeh seperti orang Melayu berkunjung ke karnival tv3 berkenaan.
Inilah satu persoalan yang amat menyedihkan semua. Bangsa Melayu leka berhibur dan kerap kali gagal mengimbang antara desakan nafsu dan tuntutan agama. Memalukan bila bangsa lain yang bukan Islam tidak seberapa untuk hadir ke karnival sedemikian sedangkan dari jalan raya hinggalah ke tapak karnival penuh dengan orang Melayu.
Tanpa kita sedari dalam kita menuntut pembatalan cadangan IFC, dalam kita memperjuangkan isu murtad, dalam kita keluh kesah usaha muda mudi kita di pesonakan golongan kristian program-program hiburan sedemikian telah melekakan bangsa Melayu dan orang Islam. Karnival berkenaan melekakan dan melemahkan orang Melayu dan Islam dari menumpukan isu-isu penting dalam hidup dan masa depan mereka dan di sisi agama. Anak-anak muda, dewasa lalai dan leka seolah isu-isu besar agama tidak langsung menghantui mereka. Seolah hadir ke karnival itu satu gah bagi mereka dan satu kepincangan jika tidak menghadirinya.
Sedangkan dalam gerombolan manusia yang penuh sesak itu penuh dengan muka-muka kulit sawo matang, hampir kebanyakannya Melayu!
Dalam hal ini usaha Pas Perak yang amat lah dipuji. Relawan Pas yang terdiri dari unit amal dan Pemuda telah turun menabur khidmat dengan mengedar risalah keratan akhbar kenyataan Mufti Perak dan Majlis Mufti yang memutuskan Sure Heboh atau Jom Hehoh itu haram. Haram pada yang menganjur, juga haram pada yang menghadirinya.
Melayu Islam sepatutnya peka akan hal ini. Amat memalukan bila bangsa Melayu lebih terkehadapan dalam program hiburan berbanding program-program lain yang lebih bermanfaat pada bangsa dan agama sendiri.
Melayu yang hadir sepatut nya malu dan sedar akan apa yang telah mereka lakukan.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta" al-an'am, ayat 116
Tiada ulasan:
Catat Ulasan