Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 13 September 2007

BABI DIBELA, ORANG MELAYU DITINDAS



Bachang : Nasib babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah lebih baik dari penduduk Melayu yang semakin dipinggirkan di Negeri Melaka. Babi-babi di Paya Mengkuang hidup aman dan membiak dengan banyak tanpa di ganggu gugat oleh kerajaan. Tetapi penduduk berbangsa Melayu di Melaka mendapat layanan yang semakin buruk apabila sedikit demi sedikit tanah kepunyaan Orang Melayu terlepas kepada bangsa lain.

Terbaru seramai 150 keluarga Melayu dari kampung Bachang Pasir Putih diarahkan berpindah dengan pampasan yang rendah bagi memberi laluan kepada pembinaan banglo mewah yang menjadi milik bukan Melayu. Penduduk setempat yang terdiri dari generasi ke tiga peneroka awal tanah rezab Keretapi Tanah Melayu (KTM) itu membantah pengusiran secara terancang dan penghapusan penempatan orang Melayu dari kawasan Bandar Melaka.

Seorang penduduk, Johan Mohamad, 55, berkata beliau terkilan terhadap tindakan zalim tersebut yang didalangi oleh Koperasi Anak-Anak Bachang.

"Sebelum ini saya telah tinggal di Bachang Bakar Batu tetapi diarahkan berpindah ke tempat sekarang dengan pampasan RM4,000 dan kini disuruh berpindah lagi".

"Mereka kata nak bagi pampasan RM8,000 sahaja, tetapi kalau tak nak keluar kena bayar harga tanah dengan koperasi sebanyak RM7 sekaki persegi, sedangkan Tun Ghaffar Baba dahulu pernah menetapkan harganya tidak melebihi RM4 sekaki persegi kalau hendak dijual kepada peneroka", kata beliau yang bekerja sendiri dan telah 20 tahun tinggal di situ bersama 50 orang ahli keluarganya.

"Kami akan mempertahankan hak kami dan telah membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya," tambah beliau dalam nada marah.

Sementara itu, Mohamed Husain, 44, kesal kerana tanah yang diduduki olehnya telah dijualkan oleh jiran kepada pihak koperasi tanpa pengetahuan beliau.

"Kita tetap ingin duduk di sini tetapi dengan harga yang berpatutan, bukanlah dengan harga RM7 sekaki persegi yang membebankan kami.". katanya yang bekerja sebagai pemandu Lori.


Mohamed telah membeli rumah dan tanah tersebut dari peneroka yang lama, telah tinggal sejak 10 tahun lalu di kampung tersebut.

"Saya tak tahu dengan siapa nak minta tolong lagi bagi mengatasi masalah ini", tambahnya dengan sedih mengenangkan dirinya dan nasib bangsa Melayu yang kian terpinggir.

Seorang aktivis masyarakat, Julasopiyah Kassim, 56, menjelaskan bahawa sejak-sejak akhir ini, usaha terancang untuk meminggirkan Orang Melayu dari Bandar Melaka semakin jelas dengan beberapa tindakan yang dilakukan sendiri oleh kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).


Beliau memberikan contoh antaranya tindakan merobohkan premis gerai Orang Melayu untuk dijadikan kawasan 'parking' di hadapan gereja berhampiran Bandar Kaba dan juga perancangan untuk merobohkan deretan kedai Orang Melayu di Jalan Melaka Raya berhadapan Hotel Equatorial tidak lama lagi.

Selain itu Julasopiyah juga berkata pembinaan kawasan perumahan baru yang mewah juga jelas mendiskriminasikan Orang Melayu apabila lot-lot bumiputera juga akhirnya akan dibeli oleh kaum lain disebabkan Orang Melayu tidak mampu untuk membelinya kerana telalu mahal hingga mencecah RM200,000.

"Tanah Orang Melayu dibeli oleh pemaju dan didirikan perumahan mewah, Orang Melayu tak mampu beli akhirnya ditukarkan status supaya boleh dibeli oleh orang lain, yang ruginya Orang Melayu tanah tergadai dan terlepas ke tangan lain" kata Julasopiyah kesal.

Tidak lama dahulu Kerajaan Negeri Melaka melalui mesyuarat exconya bersetuju untuk menukarkan syarat supaya lot-lot untuk Orang Melayu boleh dijual kepada kaum lain selepas beberapa tahun ianya tidak dibeli oleh Orang Melayu.

sumber : pemuda bukit katil

Tiada ulasan: