Tinjauan penulis mendapati program tersebut kurang mendapat sambutan biarpun publisiti meluas diberikan melalui radio dan juga van penerangan bergerak. Banyak agensi kerajaan yang terlibat membuka gerai pameran cuma sekadar memenuhi arahan sahaja manakala gerai gerai makanan hanya dilanggani petugas gerai pameran sahaja.

Tiada apa yang besar dan utama hendak ditonjolkan dalam program tersebut.Aktiviti seperti memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, kenduri, forum perdana dan seminar islam hadhari kepada imam-imam di kawasan Jasin adalah sekadar untuk menunjukan prihatinnya MP Jasin tersebut. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat.

"Ini adalah bukti bahawa UMNO bahagian Jasin yang dipimpin oleh Ahmad Hamzah cuba meminggirkan Mohd Said yang khabarnya akan mencabar beliau dalam pemilihan akan datang. Manakala Mohd Said yang diketahui bermasaalah sedang sibuk membina pengaruh dan mencari populariti" kata seorang aktivis PAS yang mengunjungi program tersebut
Bekas setiausaha PAS kawasan Jasin ,Abdil Karim Kasim pula mempersoalkan bagaimana intitusi pengajian dipergunakan untuk menjalankan program yang didalangi oleh UMNO, kenapa tidak dipadang awam atau bangunan UMNO? Beliau juga mempersoalkan berapa dan dari mana peruntukan perbelanjaan untuk menguruskan program perkampungan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan