Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 4 September 2007

ISU BABI DI MELAKA : PENTERNAK HALANG BABI DIMUSNAHKAN

ALOR GAJAH: Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok dekat sini, ditangguhkan petang ini apabila berlaku ketegangan diantara penternak dengan pihak berkuasa

Bernama melaporkan Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Ismail Saleh berkata penangguhan operasi yang bermula pukul 2 pagi ini dibuat berikutan permintaan penternak yang berjanji untuk memindahkan baki khinzir itu ke kawasan lain
.


"Kami (kerajaan) memberi tempoh kepada mereka sehingga 21 Sept ini, semua lebihan khinzir mesti dikeluarkan sama ada dijual atau sebagainya tetapi bakinya mesti tinggal 48,000 ekor di kawasan yang dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan operasi di sini, hari ini

Operasi hari ini yang membabitkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Alor Gajah dijalankan bagi memulihkan pencemaran alam sekitar dan bau busuk yang berlarutan lebih 50 tahun akibat penternakan khinzir itu.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa kira-kira 100 penternak babi di Paya Mengkuang di Melaka, membuat benteng manusia di depan pintu masuk ladang mereka bagi menghalang operasi pihak berkuasa untuk menutup ladang ternakan mereka itu.

Penduduk Paya Mengkuang mendakwa, mereka tidak menerima sebarang notis dari pihak berkuasa untuk menutup ladang tersebut.

Jalan masuk ke Ayer Molek dan Bukit Beruang turut ditutup, dan keadaan yang sama dilaporkan berlaku apabila penduduknya bertindak menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan operasi menutup ladang babit mereka.


ULASAN TKO

BABI DAN BEREMBANG

Nampaknya pihak kerajaan BN masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat dengan mendatangkan 300 anggota polis yang separuhnya adalah dari unit FRU dan termasuk anggota Rela di situ.

Namun pada kali ini, pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.

Hal yang berbeza benar berlaku di Selangor satu ketika dahulu sewaktu pihak FRU dan pihak berkuasa tempatan dengan zalim dan tidak berperikemanusian pihak membiarkan MPAJ merobohkan Surau Al-Rahmaniah, Kampung Berembang serta meratakan semua rumah-rumah penduduk kampung yang berada disekitar surau berkenaan.

Nampaknya penternak-penternak babi berkenaan berjaya menghalang FRU dari meneruskan kezaliman dan kekejaman mereka berbanding dengan penduduk di Kampung Berembang di sat kampung halaman mereka dicabuli dengan rakus oleh pihak berkuasa.

Rakyat masih mengingati sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Berembang telah dirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan.

Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau.

Kita mengucapkan tahniah kepada penternak-pemnternak babi di Melaka yang mencatatkan satu peristiwa menarik di mana kuasa rakyat adalah lebih tinggi dan bermakna dari kuasa meriam, cota, pistol, perisai dan senapang pihak berkuasa.

Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Berembang!

SUMBER DARI : TRANUNGKITE.NET

Tiada ulasan: