Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 November 2007

KOMEN ZAM BUKTI MALAYSIA TIDAK DEMOKRATIK

OLEH : HermanSamsudeen

Mendengar semula perbualan Zainuddin Maidin bersama wartawan Aljazeera pada sabtu lalu, benar-benar memalukan rakyat negara ini. ZAM yang tidak puas hati dengan cara laporan Hamish MacDonald, wartawan Al-Jazeera yang membuat liputan siaran langsung semasa Himpunan Aman 100 ribu rakyat pada 10 November lalu telah melampiaskan kemarahan beliau dalam temuramah berkenaan.

Keadaan itu memburukkan lagi pandangan antarabangsa terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan imej negara yang kini semakin tercalar dek kebodohan dan kecelaruan cara tadbir sistem demokrasi dalam negara.


ZAM membutakan mata dan memekakkan telinga bila mana wartawan berkenaan meminta beliau merujuk pada siaran liputan yang telah dibuat. Siaran itu jelas menunjukkan bagaimana Polis Anti Rusuhan mengejar dan memerangkap para peserta himpunan di dalam Masjik Jamek, Kuala Lumpur.

Tidak cukup dengan itu, para peserta ini disembur dengan air yang mengandungi bahan kimia dan gas pemedih mata yang menyebabkan mereka sesak nafas dan sakit mata.

Para peserta dilihat tidak melawan walaupun mereka terus diterajang dan dihambat dengan kayu oleh pihak Polis. Malah ketika ditangkap para peserta bersikap tenang dan tidak meronta-ronta.


Himpunan ini dihadiri oleh lebih 100 ribu rakyat yang mahukan keadilan dan pemulihan dalam sistem demokrasi negara.

Antara yang menjadi tuntutan adalah kebebasan dan keadilan dalam mengakses maklumat dari media massa. Sikap ZAM yang keterlaluan dalam melepaskan rasa tidak puas hati beliau terhadap liputan Al-Jazeera memperjelaskan lagi bukti-bukti bahawa media dinegara ini disekat dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan BN.

Dengan liputan Al-Jazeera ini diharapkan agar masyarakat dunia tahu dan sedar tentang sikap sebenar pemimpin-pemimpin BN yang begitu taksub dengan Islam Hadhari. Masyarakat dunia kini harus tahu tentang segala kebejatan yang dilakukan oleh BN dalam negara ini. Mereka berhak tahu tentang nilai dan kualiti sebenar demokrasi yang diamalkan di negara yang menjadi pengerusi OIC ini.

Diharapkan agar kebangkitan ini akan berterusan hinggalah 'Empayar Kerajaan yang dikuasai oleh mawas-mawas berdarah biru tua' dapat ditumbangkan dan mengangkat semula kedaulatan Raja-raja dan rakyat ditempatnya.

Tiada ulasan: