Seminggu sahaja lagi kita akan bersama di dalam himpunan yang bakal dihadiri oleh ratusan ribu manusia di Dataran Merdeka dimana kehadiran kita kali ini adalah untuk menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Satu sumber yang diperolehi menyatakan pula bahawa Enam bandaraya dunia akan ikut serta di dalam himpunan kali ini.
Dalam minggu ini kita mendapat isyarat dari Presiden PAS, YBhg Tuan Guru Haji Hadi di dalam satu sumber mewajibkan agar semua ahli PAS menghadiri himpunan ini. Jadi marilah kita sama-sama turun dah bersatu padu dalam menjayakan himpunan ini, himpunan yang mana kita hadir dalam menuntut hak demokrasi yang sebenarnya dan berharap pilihanraya yang dijalankan di Malaysia dilaksanakan dengan telus tanpa gangguan serta sogokan dari anasir luar. Jangan jadikan isu di Batu Burok sebagai satu halangan untuk kita gagal turun dalam menuntut hak kita sebagai warga Malaysia.
Perlu kita waspada sentiasa, tidak semua yang bersetuju bila perhimpunan ini diadakan. kebelakangan ini desas-desus dan usaha-usaha untuk menggagalkan perhimpunan ini. Kononnya ianya tidak berpermit, kononnya peserta perhimpunan akan dihalang dengan cara termasuk sekatan jalanraya menuju ke Dataran Merdeka, kononnya anggota FRU telah bersiap sedia untuk "menggempur" perserta perhimpunan, kononnya nanti ada yang bakal "tertembak" dan 1001 jenis desas-desus lain yang cuba untuk menakutkan orang ramai untuk turut serta perhimpunan berkenaan dan yang terkini saya dimaklumkan juga bahawa tembakan dari 'water canon' akan dilepaskan.
Kita ingin nyatakan kepada mereka BAHAWA semakin kuat rakyat dihalang akan semakin kuat penentangan yang datang, semakin kejam rakyat diperlakukan semakin membara semangat rakyat untuk berada di jalanan bagi mempastikan kezaliman itu berakhir dan semakin tinggi keangkuhan kerajaan untuk menutup suara rakyat maka semakin cepat kerajaan yang ada di campakkan ke lembah kekalahan dan kehinaan. Kita lihat imej pasukan keselamatan kita ini semakin terhakis dari jiwa masyarakat akibat selepas peristiwa di Batu burok yang mengakibatkan 2 orang awam menjadi mangsa keganasan dan kerakusan pihak polis. Polis yang selama ini diberi mandat untuk menjaga keselamatan awam tetapi kini berubah menjadi ganas setiap kali ceramah atau himpuanan diadakan tetapi lain pula ceritanya, ia berubah menjadi bacul dan penakut seperti tikus apabila berdepan dengan penternak babi di Paya Mengkuang...!!
Polis mahu BERSIH pohon permit
Sementara itu, Malaysiakini.com melaporkan polis memberikan arahan kepada penganjur perhimpunan tersebut supaya mendapatkan permit polis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin.
Beliau memberitahu demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan delegasi lima orang dari Bersih di ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Bersih, Zulhasnan berkata beliau memahami apa yang dibangkitkan oleh delegasi Bersih dalam pertemuan hari ini mengenai hak perlembagaan bagi rakyat mengadakan perhimpunan secara aman dan perlunya pembaharuan dalam sistem pilihanraya.
Bagaimanapun, Zulhasnan memberitahu mereka bahawa beliau mesti bertindak mengikut undang-undang dan dalam hubungan itu, beliau meminta Bersih memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan pada 10 November depan, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Delegasi Bersih itu terdiri daripada Naib Presiden PKR, S Sivarasa; Penasihat Pilihanraya DAP, Liew Chin Tong; Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Zulkifli Ahmad; Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Syed Azman Nawawi dan kakitangan sekretariat Bersih, Faisal Mustapha.
Badan pemantau pilihanraya itu menemui Zulhasnan pagi tadi untuk memaklumkan mengenai sebab dan filosofi di sebalik tujuan Bersih mahu menganjurkan perhimpunan pada 10 November depan.
Meminjam ayat dari saudara "GREENBOC', Kepada sekalian rakyat, kita serukan agar JANGAN GENTAR dan JANGAN TAKUT kepada sebarang kezaliman dan kekejaman yang mugkin berlaku. Precident mahkamah telah pun ada untuk menjutawankan mereka yang diseksa dan didera polis. Keputusan mahkamah 18 Oktober lalu dimana Sdra Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari pada zaman reformasi lain sepatutnya menjadi peransang untuk sekalian rakyat marhaen yang tidak bersalah untuk tidak lagi gentar dengan sebarang ugutan polis atau sesiapa sahaja selepas ini. Itu habuan yang tidak kecil, namun yang lebih penting darinya ialah usaha bakti tuan-tuan untuk mewariskan kepada rakyat dengan satu sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih.
Rakyat telah sekalian lama dikatunkan oleh pemerintah dengan sistem pilihanraya yang kotor, jijik lagi berat sebelah. Diperbodohkan pula oleh menteri-menteri alang kepalang kematangannya yang kini menjaga kementerian-kementerian penting di dalam negara. Rakyat dihina dengan tindak-tanduk pegawai-pegawai kerajaan seperti Peguam Negara dan Biro Pencegah Rasuah dengan pembebasan perasuah-perasuah dari kalangan orang ternama. Pengundi-pengundi ditipu hidup-hidup oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang gagal menjalankan amanah negara supaya bertindak adil dan saksama. Rakyat dihidangkan dengan berita-berita yang senget sebelah oleh media massa arus perdana. Kesemuanya ini perlu dihentikan segera dan perhimpunan 10 November adalah titik mulanya!
Dan tiada siapa berhak untuk menahan dan menghalang rakyat untuk bertemu Yang Di Pertuan Agong jika Yang Di Pertuan Agong sendiri sudah sedia menerima rafak sembah rakyatnya.
berita asal dari greenboc.blogspot.com dan diolah sedikit oleh lang buana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan