Beliau berkata keputusan menaikkan harga roti adalah berpatutan kerana 70 peratus daripada kos kenaikan itu digunakan pengilang roti untuk mengimport tepung serbaguna.
"Kalau mengikut pengilang (roti), mereka memohon kenaikan tiga kali ganda harga jualan runcit daripada harga sekarang, tetapi kementerian hanya membenarkan kenaikan pada kadar antara 10 sen hingga 30 sen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam Kelab Umno Luar Negara di sini, hari ini.
Bermula Khamis, dua syarikat pengeluar roti menjual roti bersaiz besar pada harga RM2.90 sebungkus iaitu meningkat 30 sen, manakala roti bersaiz kecil meningkat dari RM1.80 kepada RM2.10.
"Kenaikan harga ini adalah "reasonable" berdasarkan harga tepung di pasaran," kata Shafie.
P/S : kadang kala kawan terfikir apa tugas Shafie Apdal sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna??? sebelum ini kecoh dengan isu kenaikan harga barang,tak termasuk lagi dengan krisis gula yang melanda rakyat Malaysia pada tahun lepas sehinggakan nak beli gula pun ada limit..Selepas itu pula sebelum raya kita dibangkitkan dengan isu harga ayam naik yang sampai RM 6.00 sekilo dan yang terbaru kita disajikan pula dengan kenaikan harga tepung pula...semua ini sudah dijangka dari awal lagi..
Adakah si Shafie sudah kepupusan idea dalam melaksanakan tugasnya sebagai menteri...tahukah dia tentang masalah yang diahapi masyarakat lain??adakah dengan ayat 'KENAIKAN HARGA ROTI BERPATUTAN'?? bagi kawan ada yang menganggapkan isu kenaikan harga tepung merupakan satu isu yang remeh tetapi bagi kawan ia perlu dipandang serius ini sebagai petanda bahawa barang2 yang lain juga akan mengalami kenaikan harga..walaupun tiada hitam dan putih tetapi senario kenaikan harga barang2 di Malaysia sudah membuktikannya..jadi ramalan yang mengatakan bahawa harga minyak akan naik dalam tempoh masa terdekat ini tidak mustahil akan berlaku dan ia dijangka naik selepas pilihanraya umum nanti..jadi kita tunggu sajalah feedback dari pak Lah badawi, PM kesayangan jemaah hadhari....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan