Adakah simbol penyapu ini merupakan satu simbolik kejayaan Khir Toyo yang berjaya merobohkan rumah di Rimba Jaya atau Berembang serta menganiaya golongan miskin yang sememangnya tidak berupaya ?? Bagi saya, yang patut di'SAPU' adalah Khir Toyo sendiri. Beliau gagal menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar. Kenapa saya berkata sedemikian ?? lihat sahaja apa yang berlaku kepada anak-anak buah beliau sepanjang pemerintahan beliau.
1.Antaranya masih membiarkan tanpa menghukum Adun Pelabuhan Klang, Dato' Zakaria Mat Derus yang membina mahligai dan Istana di celah kawasan penduduk marhaen termasuk terlibat dalam salah guna kuasa seperti yang pernah dilaporkan.
2.Begitu juga dengan dakwaan salah-laku tiga 'anak buah kesayangannya' yang diharap dapat mengangkat Umno Selangor selama ini namun Khir masih tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas mereka walaupun telah mencemarkan prestasi dan menjadi bualan hangat masyarakat setempat yang boleh menjejaskan peluang Umno di kawasan tertentu untuk memenangi pilihan raya akan datang.
Harakah sebelum ini pernah melaporkan ketiga-tiga mereka ialah Senator Datin Paduka Norhayati Onn yang merupakan Exco Wanita Umno Malaysia yang didakwa terlibat dengan isu kontroversi berhubung gambar intimnya dan dakwaan khalwat dengan Ahli Parlimen Gombak Dato' Dr Rahman Ismail (orang kuat Khir Toyo) di beberapa hotel yang berbeza sekitar semenjak Disember 2005.
Manakala yang ketiga ialah Ahli Parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib disyaki berkelakuan tidak sepatutnya yang boleh menjejaskan imejnya sebagai seorang wakil rakyat, di sebuah hotel di ibu kota pada 26 Ogos lalu.
Lihat, beginilah perilaku pimpinan UMNO. Tetapi kenapa rakyat masih tidak mahu membuka mata diatas isu ini.??Adakah dengan memangkah BN+UMNO kehidupan mereka akan terjamin? Sepatutnya dalam isu ini rakyat seharusnya berfikiran dengan lebih bijak dan mengambil inisiatif dalam membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan