Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 14 November 2007

PERJUANGAN BARU

November 11th, 2007 - acciaccatura

Saya gagal turut serta dalam perhimpunan semalam. Walau bagaimana pun, saya amat bersyukur perjuangan baru ini telah berjaya dimulakan. InshaAllah, saya akan cuba sedaya upaya saya jika perjuangan ini ada kesinambungannya.

Selepas zohor semalam, saya sentiasa berada di hadapan komputer riba saya untuk mendapat berita terkini mengenai perhimpunan BERSIH, pastinya dengan harapan ianya lancar dan tiada sebarang provokasi dari mana-mana pihak. Malaysia Today, TV Pas dan Al Jazeera sentiasa melapurkan yang terkini.

Mengapa pulak rakyat mahu takut dengan perhimpunan yang dikatakan haram kalau ada pihak berkuasa yang tak takut pun dengan apa yang haram disisi agama?

Apa yang menarik adalah komen Pak Zam dalam berita Al Jazeera, mengenai ketidak perluan mesej bantahan ini atas sebab pilihanraya setiap lima tahun sudah mencukupi. Beliau masih tidak faham bahawa mesej bantahan ini adalah atas dasar keraguan yang timbul pada pilihanraya itu sendiri. Dengan suara beliau yang tergagap-gagap dan jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan, sesiapa saja yang mendengar pasti akan rasa belas kasihan kepada menteri yang telah dibebankan dengan kerja yang tidak setimpal dengan kebolehannya.

Syukur menteri-menteri kita sudah mahu lebih peka. Kalau mahu melabelkan perhimpunan rakyat sebagai 'bukan budaya kita', maka marilah sama-sama kita semak balik apa yang sememangnya budaya kita dan apa yang tidak. Bermulalah dengan perarakan festival, yang dilakukan setiap tahun sempena bulan melawat Malaysia, yang meredah waktu solat. Percayalah, banyak yang kita lakukan sekarang sememangnya bukan budaya kita, tapi kita tidak mempersoalkannya.

sumber dari : paskaw.yahoo.groups

Tiada ulasan: