Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 2 Januari 2008

BN PARTI KORUP !!

OLEH : LANG BUANA

Satu persatu Menteri Kabinet dibawah pentadbiran Imam Hadhari menimbulkan kontroversi. Selepas Rafidah Aziz, Najib Altantuya, Uncle Sam dan yang terkini isu video seks yang membabitkan Menteri Kesihatan Chua Soi Lek bersama seorang gadis di dalam hotel.

Video tersebut secara terang dan jelas mengambarkan wajah-wajah pemimpin yang durjana. Inikah pemimpin yang diagungkan selama ini oleh rakyat yang menyokong Barisan Nasional. Sekarang saksikan muka pemimpin ini, Pemimpin yang dahulunya menyarankan agar kondom diberikan secara percuma kepada penagih dadah bagi mengelakkan berlakunya seks rambang tetapi sekarang kita dapat lihat "sapa yang kena", Tepuk air didulang terkena muka sendiri.

Baru tadi Chua Soi Lek mengumumkan yang beliau telah meletakkan semua jawatannya, tetapi adakah dengan cara ini dapat memulihkan maruahnya??mungkin tidak..Tetapi tindakan beliau wajar diberikan pujian tetapi bagaimana dengan pemimpin UMNO yang lain. Adakah beliau berani melakukan apa yang seperti dilakukan oleh Soi Lek. Bagi pandangan saya, pemimpin UMNO tidak akan berani bahkan mereka akan lebih berusaha menutup kelemahan mereka walaupun sudah terang lagi bersuluh. Inilah corak kepimpinan yang diterapkan oleh UMNO melalui konsep Islam Hadhari Pak Lah Badawi.

P/S : Pilihanraya akan datang ni diharap rakyat dapat buat satu keputusan yang bijak dalam memilih pemimpin. Jangan bila disogok dengan duit RM 50.00 dengan kain pelikat habis hilang segala maruah diri.

Tiada ulasan: