Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 2 Januari 2008

HADIAH TAHUN BARU KEPADA PENGGUNA LEBUHRAYA BERMULA

Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana terus mendapatkan habuan dari kerajaan Islam Hadhari yang sememang 'peka' dengan keadaan rakyat Malaysia yang 'serba mewah'.

Media hari ini melaporkan bahawa kadar tol di enam lebuh raya dinaikkan antara tujuh peratus dan 50 peratus berkuat kuasa mulai hari ini mengikut perjanjian konsesi.

Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam.

Lihat sahaja kenyataan 'bengong' Menteri Islam Hadhari, Semi TarakVellu di bawah ini.

"keenam-enam lebuh raya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan kenaikan itu tidak akan melibatkan ramai pengguna, hanya 16,000 pengguna yang menggunakan Linkedua setiap hari manakala Tambak Johor banyak menerima kenderaan dari Singapura."

Walaupun tidak ramai yang lalu, tidakkah ianya akan membebankan tuanpunya kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu.

Media juga cuba mengelirukan rakyat dengan melaporkan bahwa kerajaan juga perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta lagi kepada syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) bagi tahun 2008 kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10kepada RM1.60 pada tahun lalu.Selain itu, kerajaan juga perlu membayar sebanyak RM27 juta kepada Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) bagi tempoh 2005 hingga 2007.Keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta.

Bukankah kerajaan tugasnya memberikan kesejahteraan kepada rakyat, jadi tidak payahlah kerajaan mengungkit perkara sebegini. Sepertimana tugas bapa memberi makan anak dan bininya

SUMBER : PEMUDA BUKIT KATIL

Tiada ulasan: