"DAP menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya campurtangan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan minyak masak yang meruncing yang dihadapi oleh rakyat di beberapa buah negeri ekoran kegagalan menteri yang bertanggungjawab untuk memastikan bekalannya mencukupi
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, DAP terperanjat
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, DAP terperanjat dengan laporan hari ini yang menyatakan bekalan minyak masak dari Malaysia mudah diperolehi di selatan Thai sedangkan penduduk di negara ini, seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Melaka dan Kedah serta beberapa kawasan di Lembah Klang, sukar mendapatkan bekalan bahan tersebut.
"Saya menerima banyak aduan dari Klang mengenai ketiadaan bekalan minyak masak. Bagaimanakah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal menjadi tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan bekalan minyak masak dieksport ke negara jiran, sedangkan Malaysia sendiri tidak mempunyai bekalan yang cukup?" soalnya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, adalah tidak munasabah negara asing mendapatkan bekalan minyak masak Malaysia yang mencukupi, sedangkan pengguna di negara ini sendiri sukar mendapatkannya.
"Jika Shafie tidak mampu untuk melindungi kepentingan negara dan menjalankan tugas asasnya sebagai seorang menteri untuk memastikan bekalan yang mencukupi bagi komoditi asas seperti minyak masak, maka beliau sewajarlah meletakkan jawatan atau ditukar ke kementerian lain," kata Lim.
Minta PM campurtangan
Ekoran kegagalan Shafie itu, Lim menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi campurtangan bagi mengatasi masalah kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak yang dihadapi di beberapa buah negeri.
Lim berkata, rakyat Malaysia bingung bagaimana Malaysia boleh menghadapi kekurangan bekalan minyak kelapa sawit sedangkan ia merupakan negara pengeluar dan pengeksport bahan itu yang terbesar di dunia, dengan 14.4 juta tan minyak kelapa sawit dieksport pada 2006 - kira-kira 50 peratus perdagangan global bagi minyak dan lemak.
"Kegagalan seumpama itu tidak boleh diamaafkan memandangkan kerajaan telahpun mengenakan Skim Subsidi Minyak Masak (COSS) ke atas pemilik ladang kelapa sawit untuk mengsubsidi pengeluar minyak masak di negara ini untuk mengeluarkan minyak masak pada harga yang mampu dibayar.
"Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui telah mengumumkan tahun lalu bahawa kerajaan akan mengutip RM855 juta dari penanam kelapa sawit sebagai cukai ces di bawah COSS untuk menstabil harga dan memastikan bekalan minyak masak yang mencukupi kepada para pengguna.
"Apa yang telah jadi pada RM855 juta yang sepatutnya digunakan untuk mengelak berlakunya kekurangan teruk bekalan minyak masak?" soal Lim lagi.
Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan minyak masak, yang bukan sahaja mengakibatkan kesukaran tetapi juga kerugian kepada pengguna dan peniaga.
Jika tindakan itu tidak diambil, beliau bimbang masalah kekurangan bekalan minyak masak itu akan meruncing menjelang sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.
petikan malaysiakini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan