Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamudin sah gagal mentadbir & menyelia sekolah-sekolah dibawah kementeriannya, semalam akhbar kosmo melaporkan yuran tandas yang dikenakan di salah sebuah sekolah menengah di Permas Jaya, Johor Bahru.
Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon tanpa menunggu lama telahpun mengarahkan pihak sekolah untuk memulangkan kembali yuran tersebut kepada ibubapa, walaupun sekolah memberikan alasan bayaran penyelenggaraan tandas tersebut bukan yuran tetapi sumbangan ibubapa kepada sekolah tanpa paksaan.
Belumpun reda isu tandas, isu caj tuala wanita pula dibongkar di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh Selangor, apa ibubapa juga gagal membekalkan tuala wanita kepada anak-anak perempuan mereka yang meningkat remaja sehinggakan sekolah berbuat demikian.
Apa nak jadi negara kita ini, sekarang isu barang-barang keperluan yang tidak mencukupi dalam pasaranpun masih belum berkesudahan. Tidak cukup dengan itu sampai negara kita sendiri terpaksa mencatu minyak masak kepada 5 kg seorang sedangkan negara kita ini kaya dan banyak tanaman sawit.
Bala demi bala, pembangkang bukannya nak mempolitikkan isu tandas,tuala wanita &
minyak masak, tetapi kami ingin memaparkan kepada rakyat betapa rakyat kita semakin dibodohkan oleh pemerintah UmnoBN yang semakin nyayuk dimamah usia tua dalam mengurus & mentadbir negara secara bijaksana & berhemah.
Ingat semua tahun 2008 bersamaan 1429H ini adalah tahun tukar kerajaan...
Yuran tuala wanita pula(Kosmo)
SUNGAI BULOH-Kalau di Johor, yuran tandas dikenakan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di sini pula mengenakan caj tuala wanita.
Percaya atau tidak, bayaran sebanyak RM26 setahun itu dikenakan dan ia termasuk di dalam caj keseluruhan yang berjumlah RM112.50 bagi setiap pelajar perempuan yang mendaftar bagi tingkatan satu.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan kehairanan, caj tuala wanita itu tidak disenaraikan dalam senarai pakej yang diberikan kepada ibu bapa sebelum itu.
Malah resit yuran tuala wanita itu juga diberi secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan yuran sekolah.
Seorang suri rumah, Rahimah Abnu Hajar, 37, berkata, bayaran itu hanya disedarinya ketika diminta oleh guru di sekolah terbabit ketika membuat bayaran pada hari pendaftaran anak
keduanya di sekolah berkenaan, kelmarin.
"Saya berasa pelik apabila cikgu kata RM26 itu untuk tuala wanita sedangkan keperluan itu sememangnya disediakan oleh ibu atau pelajar sendiri.
"Saya tanya pula, tak akan selama setahun duit itu akan diguna untuk tuala wanita pelajar? Dia (guru) terdiam tidak tahu alasan apa yang patut diberi lagi,"katanya ketika ditemui KOSMO! di rumahnya di sini semalam.
Selain tuala wanita, Rahimah juga hairan dengan beberapa butiran yang terdapat pada senarai yuran yang diberi kepada untuk ibu bapa.
"Kami (ibu bapa) hanya tahu dalam senarai itu ada pakej A, B, atau C, tapi apa butiran dalam pakej itu kami tidak tahu dan sesetengah ibu bapa membayar tanpa banyak soal kerana malas memikirkannya, "katanya.
Tidak mahu terus terkeliru, Rahimah akan membawa masalah itu ke mesyuarat PIBG tidak lama lagi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai caj tambahan yang dikenakan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan