Oleh KAMAL AMIR
KENYATAAN Presiden MCA Datuk Sri Ong Ka Ting berhubung "perkongsian kuasa" DAP dan Keadilan di Pulau Pinang sebagai satu pembohongan kerana DAP dikatakan musuh Umno harus dilihat sebagai kenyataan terdesak untuk mencari "nyawa" dalam percaturan "maut" saat Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Begitu juga kenyataan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Jalil yang mendakwa menyokong parti pembangkang adalah sebagai tindakan khianat serta menggadai kedaulatan bangsa.
Kemarahan pimpinan MIC terhadap masyarakat media berhubung kenyatannya semasa melawat mendiang Krishnasamy yang dibunuh di bangunan MIC Johor serta terbukanya fail perbicaraan kes salah tadbir koperasi Maika turut menjadi rencam serta pukulan maut kepada pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Pendedahan kes pita Video V.K Lingam yang mengatur kenaikan pangkat serta perjawatan badan kehakiman turut menjadi ledakan maha getir untuk kerajaan Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan kegemilangannya musim pilihan raya ke-11 lalu.
Hari ini pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi boleh diibaratkan sebagai "bisikan berahi dari seorang pelacur" yang tidak menjanjikan apa-apa kenikmatan.
Slogan Gemilang, Cemerlang Terbilang hanya sekadar janji seribu bulan madu yang tidak pernah terlaksana, sebaliknya ia diisi oleh "bisikan berahi seorang pelacur" apabila setiap janji tersebut diisi oleh pengkayaan kroni.
Bagaimana mampu Abdullah membersihkan calar dari kerakusan kalangan orang kelilingnya membolot harta kekayaan negara dan merampoh harta dari keringat rakyat?
Mampukah Abdullah menolak rakusnya Khir Toyo membaham punah-ranah rumah rakyat marhain di Kampong Berembang sedangkan terbukti mahkamah mendapati tindakan tersebut menyalahi undang-undang.
Bolehkah rakyat di kampong Berembang memberi undi kepada calon Barisan Nasional tajaan Khir Toyo? Bagaimana dengan masyarakat setinggan di Ampang serta beberapa kawasan yang diranapkan oleh jentolak Khir Toyo sejak dinobatkan menerajui kepimpinan Selangor? Mampukah mereka membayar setiap keringat darah dan air mata hanya dengan nilai sehelai kain batik atau wang dua ratus ringgit?
Kelmarin masyarakat peneroka Felda berjaya melalui tuntutan di mahkamah berhubung kes "rampokan wang rakyat" oleh penguasa di Felda sejak bertahun-tahun lamanya apabila hasil dari keringat rakyat Felda di"balun" dan disambar oleh mereka bernama pemimpin.
Setelah mahkamah mengarahkan dibayar gantirugi sejumlah 37 juta ringgit kepada 370 orang peneroka serta waris Felda di Kelantan, masih mampukah mereka memberi kepercayaan sekali lagi kepada kepimpinan sidang wazir Abdulah menerajui Seri Perdana?
Termampukah kedua ibu bapa Allahyarham Nurin Jazlin dan Sharlinie merasa yakin kerajaan Abdullah Ahmad Badawi berkeupayaan mencernakan suasana persekitaran yang selamat dari kejadian jenayah apabila setiap hari indeks jenayah mencanak seperti menegaknya harga barangan di pasaran.
Kenyataan Menteri Kewangan kedua (yang didakwa melakukan pecah amanah melalui surat Pengerusi Gerak saudara Ezam Mohd Noor) bahawa harga Petrol tidak mungkin dapat bertahan pada kadar hari ini serta bakal dinaikkan sekadar menanti hari pastinya menjadikan amarah rakyat kian menggelegak.
Sesungguhnya jika mahu dicatatkan satu persatu kebobrokan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang cukup sempang-peranang mungkin tidak habis seminggu lamanya untuk diulas satu persatu. Rakyat seharusnya tidak melupakan biadapnya penguasa di Pembangunan Wilayah Iskandar "mengangkangkan" bumi berdaulat untuk dikuasa oleh orang asing tentunya Singapura.
Begitu juga merencamnya budaya korupsi sebegitu berleluasa era kepimpinan Abdullah hinggakan seketul "karipap bulat" dibayar oleh kerajaan Abdullah pada nilai tiga ringgit. Tidak termasuk sejumlah dua ratus ribu ringgit dibelanjakan untuk membeli durian semasa Perdana Menteri Singapura berkunjung ke Pulau Langkawi. Khabarnya sebiji durian dibayar pada harga dua ratus ringgit.
Bagaimana pula sembilu pedih rakyat di Pelabuhan Kelang yang menyertai koperasi Pulau Lumut tetapi akhirnya sekadar menjadi penonton melihat penguasa mengaut ratusan juta ringgit dalam skandal PKFZ melibatkan bekas menteri dan menteri sedia ada hingga kerajaan terpaksa membelanjakan wang dari kantung negara sejumlah 4.5 bilion ringgit.
Mampukah ibu bapa yang dibohongi oleh Hishammuddin memanda wazir di kementerian pelajaran kononnya kerajaan terpaksa menambah peruntukan sejumlah 2.5 bilion ringgit untuk menyediakan buku teks serta pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah. Sebaliknya sebaik sahaja musim persekolah bermula ternyata ibu bapa ditipu hidup-hidup oleh "bisikan berahi seorang pelacur" lakonan Hishamuddin.
Kembali menyorot "perkongsian kuasa" antara Keadilan dan DAP dalam pembahagian kerusi sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kali ke-12, terdapat pelbagai kenyataan dilemparkan oleh pemimpin yang buta tentang sejarah politik Pulau Mutiara. Sekadar mengimbau catatan sejarah yang tidak pernah berbohong, Pulau Pinang kekal menjadi dominasi parti Gerakan sejak pilihan raya tahun 1969 yang membawa kepada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.
Kehadiran Gerakan ketika itu samalah seperti DAP sebagai parti pembangkang kerana Lim Chong Eu mengambil keputusan keluar dari MCA dan gagasan Perikatan. Ekoran pembentukan Barisan Nasional wacana fikiran berhemah Allahyarham Tun Abdul Razak, Gerakan dibawa masuk menjadi kerabat di perkampongan Barisan Nasional.
Semasa pilihan raya Umum tahun 1989 Gerakan gagal memperolehi kemenangan besar di mana ramai calonnya kecundang menjadikan bilangan kerusi Umno melebihi dari Gerakan dan MCA. Namun dengan lagak sebagai parti chauvanisnya, Gerakan tetap menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kekal di tangannya sehinggalah hari ini.
Jika mahu dilihat dari aspek Chauvanismanya, ternyata Gerakan lebih lantang dari DAP kerana meskipun berada di perkampongan Barisan Nasional, pemimpinnya tetap meniupkan api perkauman berhubung soal dasar ekonomi baru. (Sila lihat kenyataan Lim Kheng Yek tahun lalu semasa mesyuarat agung Gerakan di Kuala Lumpur di mana dia memperlekehkan wawasan Melayu).
Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan menempelak Hishammuddin mencium keris turut dilihat sebagai lontaran berunsurkan perkauman, dan terbaru apabila naib ketua pergerakan pemudanya menyanggah kerajaan yang dikatakan gagal mempertahankan pembelaan kaum lain di bumi merdeka ini.
Hanya kerana Gerakan masih berada dalam perkampungan Barisan Nasional maka setiap kenyataan tersebut tidak dilihat berunsur perkauman. Sebaliknya apabila DAP menyatakan kesediannya untuk berkongsi kuasa bersama Keadilan dan PAS di Pulau Pinang maka berkokoklah sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi kononnya jika rakyat menyokong pembangkang bererti melakukan tindakan khianat kerana menggadai maruah bangsa. Beginilah pembohongan yang dilakukan oleh mereka di sekeliling Abdullah untuk dilihat bagai menjana janji berahi seorang pelacur.
Sudahkah mereka mencerminkan diri sendiri, siapa sebenarnya menggadai maruah bangsa? Tidakah pimpinan hari ini merasa jijik menghirup aroma kekayaan hasil dari air mata rakyat? Apakah pemimpin yang berada di sekeliling Abdullah Ahmad Badawi dapat menafikan bagaimana kerakusan mereka membolot harta rakyat bagaikan tiada sempadan.
Siapa sebenarnya yang menggadai maruah negara untuk tunduk melutut menjilat kaki pemimpin Singapura menagih seribu mimpi atas nama kesepakatan membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar dengan menafikan hak rakyat. (Lihat kenyataan Musa Hitam yang mahu mengenepikan soal keistimewaan Dasar Ekonomi Baru di WPI.)
Tidak malukah pemimpin menuduh rakyat khianat menjual maruah bangsa hanya kerana berkira-kira untuk menjadikan pembangkang sekadar alternatif kesan bosan dan amarahnya terhadap kepincangan pimpinan Abdullah dan sidang wazirnya, sedangkan sejumlah lima puluh juta wang rakyat lebur di Hong Kong oleh percaturan tempang pimpinan kerajaan.
Siapa sebenarnya bakal membenarkan Pulau Batu Putih tergadai kepada Singapura apabila perbicaraan di mahkamah dunia, perwakilan Malaysia sekadar membawakan gambar dari internet yang mengelirukan sebagai bahan bukti ketuanan kita di pulau tersebut? Cukup memalukan!
Setelah kehidupan rakyat "dijerut" oleh mencanaknya harga barangan di pasaran serta berterusannya kenaikan kadar tol membawa kesan parah terhadap kadar harga barang, disamping lesapnya minyak masak, tepung dan gula masihkah sidang wazir Abdullah menyatakan rakyat melakukan khianat menjual maruah bangsa untuk mencari alternatif terhadap kepimpinan negara?
Bagaimana pula kekejaman tindakan sidang wazir Abdullah terus memasung Suwandi dan Azman di penjara tanpa dibenarkan ikat jamin hanya atas tuduhan yang belum pasti bersalah kerana masih dalam perbicaraan kesan himpunan di Batu Buruk sedangkan 31 demonstran Hindraf yang mengakibatkan tumpahnya darah anggota polis di Batu Caves boleh dibebaskan. Setelah ditembak menggunakan peluru hidup dan bergelut dengan maut akhirnya Suwandi dan Azman terus terpasung di lokap.
Cermin-cerminlah diri sendiri sebelum menuduh rakyat melakukan khianat dan menggadai maruah bangsa. Sejujurnya berita lawatan Abdullah dan isteri muda janda beranak dua ke Sepanyol, Mesir dan Davos semakin menjijikkan rakyat melihat rakus dan gelojohnya Abdullah membelanjakan wang rakyat untuk meneruskan kehidupan berfoya-foyanya.
Mungkin bantal berwarna kuning berlambangkan bendera Malaysia yang dihadiahkan oleh Chegu Bard turut dibawa sama olehnya dalam peraduan mimpi sambil mencari wacana pemikiran baru mencetuskan sekali lagi "bisikan berahi seorang pelacur" kepada rakyat di musim pilihan raya akan datang. Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan