Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 7 Januari 2008

SYARAT NAK JADU MB PERLIS MESTI ADA BINI MUDA DAN LAWA - RADZI

Oleh HermanSamsudeen

Tergelak juga melihat ketohoran akal Pak Menteri sorang nie. Hanya kerana tak nak berMenteri Besarkan Shahidan Kasim beliau main letak jer nama-nama calon penganti ikut suka dia. Temuramah Radzi Ahmad dengan NST benar-benar satu lelucon yang bisa menghancurkan masa depan Perlis.

NST: It is obvious that you feel that Shahidan should be out. Who would you want to be the replacement?

Radzi: (Datuk Seri) Azmi Khalid. He’s got a young wife.

NST: What has that got to do with anything?

Radzi: She can promote Perlis well.

Begitulah gamaknya jawapan Pak Menteri ini. Hanya dengan bermodalkan Bini Muda yang cantik seseorang wakil rakyat itu boleh menjadi Menteri Besar Perlis dengan harapan akan ramailah orang kenal dan datang ke Perlis kelak.

Beginilah tahap pemikiran low class pemimpin BN yang dah kehabisan modal untuk berbalah sesama sendiri. Apakah jadahnya rakyat perlu terus mengundi beliau. Jika beginilah tahap pemikiran beliau dalam menentukan masa depan kepimpinan negeri Perlis, adalah lebih baik rakyat dinegeri terkecil tampil membuat perubahan dan menyingkirkan pemimpin-pemimpin berotak lembap sebegini.


Jika hal kepimpinan mereka boleh jadikan hal mainan, apatah lagi soal untung nasib rakyat yang mereka sendiri tidak pernah peduli. Mereka hanya ambil kisah bila dekat musim pilihanraya, sebelum itu semua sibuk cari bini muda yang cantik jelita untuk dijadikan modal tambatan bagi merebut kerusi Menteri Besar Perlis yang dah tua berkarat sekarang ini.

Berubahlah wahai rakyat Perlis. Jangan gadaikan masa depan negeri anda dibawah pemimpin yang bankrap kepala otak seperti ini.

Tiada ulasan: